[x] CLOSE THIS ADS.
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com

Keputusan Penuh Super Spontan Musim Pertama

Pertama sekali tahniah diucapkan kepada Zizan kerana telah menjuarai Super Spontan yang baru saja berakhir sebentar tadi (12.00 am). Zizan membawa pulang wang tunai sejumlah RM100,000 dan sebuah Toyota Camry. Di tempat kedua pula dimiliki oleh Johan. Johan membawa pulang RM 50,000 dan Tauke ditempat ketiga membawa pulang RM 25,000.

Tiga lagi finalis lain, Ropie, Rahim dan Suhaimi masing masing membawa pulang RM5,000. Zizan dalam ucapannya mengatakan kemenangan ini adalah milik Jozan juga dan tiada sesiapa yang boleh memisahkan Jozan. Tahniah Zizan dan pemenang yang lain. Nantikan Super Spontan musim ke-2.

Read MoreKeputusan Penuh Super Spontan Musim Pertama

Berlian Merah Jambu Dijual RM55 Juta

Di Hong Kong, sebutir berlian merah jambu iaitu Martian Pink dijual pada harga AS$17.4 juta atau bersamaan RM55 juta iaitu dua kali ganda melebihi harga anggaran dalam satu lelongan pada minggu ini.

Dikategori sebagai berlian merah jambu berbentuk bulat terbesar yang pernah dilelong, Martian Pink merupakan kemuncak lelongan firma Christies. Lelongan barangan kemas tersebut berjaya mengutip AS$80 juta (RM253 juta).

Muncul dalam pasaran buat kali pertama sejak 36 tahun lalu, Martian Pink yang dijual oleh Harry Winston pada 1976 dan mencetuskan sensasi pada pameran di seluruh dunia, dibeli pada harga AS$17.4 juta (RM55 juta) selepas perang bidaan selama 10 minit.

Yang menariknya, berlian tersebut dibeli oleh seorang pembeli misteri. Siapakah dia?

Read MoreBerlian Merah Jambu Dijual RM55 Juta

Darah Belangkas Berharga RM 17,500 Seliter

Salam. Pelik tapi benar. Namun itu lah hakikatnya. Darah berwarna biru dari belangkas berharga RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat. Untuk mendapat satu liter darah biru, nelayan perlu menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di Semenanjung Malaysia. Tapi hanya 45 ekor jika belangkas di perairan Sabah kerana saiz lebih besar. Darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuh belangkas tersebut.

Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin. Kit anti-toksin menggunakan belangkas telah berkembang di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat sejak 1988. Daging dan telur belangkas boleh dimakan oleh orang Islam. Masyarakat Melayu di Kota Tinggi, Johor menyediakan maasakan asam pedas dan sambal tumis belangkas.

Ia juga boleh dimakan dengan hanya memanggang atau membakar sahaja. Namun begitu untuk ia bukan sesuatu yang mudah kerana belangkas terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada deria (pening) atau biasanya dikenali sebagai mabuk. Hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan dan hanya seseorang yang benar-benar tahu sahaja tahu cara menyediakan makanan laut dari belangkas ini.

Read MoreDarah Belangkas Berharga RM 17,500 Seliter