[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » , , » Hukum Memberi Dan Menjawab Salam

Hukum Memberi Dan Menjawab Salam

Memulakan pertemuan dengan memberi salam adalah sunat. Sekiranya beramai-ramai memberi salam menjadi sunat kifayah. Sunat kifayah bermaksud; sunat ke atas kumpulan ramai tersebut memberi salam. Apabila seorang melakukannya, pahalanya akan diperolehi oleh semua. Menjawab salam pula, sekiranya berseorangan hukumnya menjadi fardhu ain. Sekiranya beramai-ramai, menjawab salam menjadi fardhu kifayah. Sekiranya seorang menjawab salam, gugurlah tuntutan atas semua orang lain. Sekiranya semua yang hadir menjawab salam, itu lebih baik. Sekiranya semuanya meninggalkan menjawab salam, semua akan berdosa. Dalilnya ialah hadis nabi : يجزء عن الجماعة إذا مروا أن يسلم أحدهم ، ويجزء عن الجلوس أن يرد أحدهم

maksudnya: “cukuplah bagi sekumpulan manusia apabila mereka melintasi orang lain dengan salah seorang mereka memberi salam. Dan cukuplah bagi kumpulan yang duduk dengan salah seorang mereka menjawab salam.” (hadis riwayat Abi Dawud)

Begitu juga wajib menjawab salam yang dikirimkan samada dikirimkan menerusi seseorang secara lisan atau dikirim menerusi tulisan apabila kiriman tersebut sampai. Dalilnya ialah hadis Aisyah, katanya: Rasulullah saw bersabda kepada saya:

( هذا جبريل يقرأ عليك السلام ) bermaksud: “ini dia JIbril menyampaikan salam kepadamu. Kata Aisyah; saya menjawab : ( وعليه السلام ورحمة الله ) –wa`alaihissalam-bermaksud: dan ke atasnya salam juga. (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Disunatkan juga membalas kepada pengantara yang membawa kiriman salam dengan menjawab : ( وعليك وعليه السلام ) –wa`alaika wa `alaihissalam- bermaksud; ke atas mu dan ke atasnya salam. Dalilnya ialah hadis daripada Ghalib al-Quttan daripada seorang lelaki katanya memberitakan kepadaku oleh bapaku daripada datukku katanya; bapaku mengutuskan daku bertemu dengan Rasulullah dengan arahan; datangilah baginda dan sampaikan kepada baginda salam. Lalu aku bertemu baginda dan berkata: bapa saya menyampaikan salam kepada tuan. Lalu baginda menjawab: ( عليك السلام وعلى أبيك السلام ) ke atas kamu dan ke atas bapamu salam. ( hadis riwayat Abi Dawud). Menurut Imam Nawawi, hadis ini mengandungi seorang perawi yang tidak dikenali. Namun hadis-hadis tentang amalan-amalan yang lebih (sunat) diberi kelonggaran oleh ahli-ahli ilmu.

*Dimakruhkan memberi salam kepada beberapa kumpulan di antaranya:

  1. Orang yang berwudhuk (ketika sedang mengambil wudhuk).
  2. Orang yang sedang berada di dalam tandas.
  3. Orang yang sedang makan dan minum.
  4. Orang yang sedang berperang.
  5. Orang yang sedang membaca Al-Quran @ berdoa
  6. Orang yang sedang berzikir dan bertalbiah (ketika haji dan umrah).
  7. Orang yang sedang mengajar, berkhutbah, dan memberi nasihat.
  8. Orang yang mendengar khutbah dan nasihat.
  9. Orang yang sedang azan dan iqamat.
  10. Orang yang sedang qada' hajat.
  11. Orang yang sedang bersama isteri (jima').
  12. Orang yang sedang iqamat.
  13. Orang yang sedang mabuk.
  14. Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi.
  15. Orang yang sedang solat.
  16. Orang gila.
  17. Kanak-kanak.
  18. Orang yang mengantuk @ sedang tidur.
  19. Orang yang sedang dalam urusan penghakiman.
  20. Salam pemuda kepada pemudi @ sebaliknya yang ditakuti membawa fitnah.

*Sesiapa yang memberi salam di tempat yang tidak sepatutnya maka tidak wajib jawab...

* Haram menjawab salam dalam solat dan batal solatnya.

* Haram bagi seorang lelaki memberi salam kepada perempuan (yang bukan mahram) yang cantik yang boleh menimbulkan fitnah... Jika diberi salam, haram bagi perempuan tersebut menjawab salam begitu juga haram perempuan memberi salam kepada lelaki... Jika lelaki menjawab maka hukumnya makruh. Sekiranya perempuan tua yang tidak mendatangkan fitnah, harus dia memberi salam kepada lelaki dan wajib lelaki menjawab salamnya. Boleh bagi lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan begitu juga boleh bagi sekumpulan lelaki memberi salam kepada seorang perempuan. Ini semua sekiranya tidak menimbulkan fitnah samada kepada lelaki dan perempuan.

* Penting! =
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘. Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Rujukan : Ahsanul kalam (Fatawa Jadidah) oleh Syeikh Atiah Saqor.

http://www.darulfuqaha.com
http://sufferedgezine.blogspot.com
Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner

Jangan Lupa Tinggalkan Komen Pada Entri Ini | Like Us On Facebook

Klik Untuk Komen | Click Here To Comments