Tujuan Asal penubuhan malayapark adalah untuk menyediakan berita serta isu-isu semasa yang berlaku diMalaysia pada masa yang sama menjadi blog peribadi Joe untuk dia menyimpan lirik-lirik serta MTV kegemarannya terutama lirik lagu butterfingers dan bittersweet. Setiap hari koleksi video serta lirik semakin bertambah dan secara tidak langsung terdapat beberapa orang menjadikan blog Malayapark sebagai sumber rujukan lirik2 lagu mereka. Sebulan selepas penubuhan Malayapark, keputusan untuk menjadikan malayapark sebagai hub peminat scene indie/undeground telah diambil. Beberapa langkah telah diatur. Sambutan amat mengalakkan sebulan pertama Malayapark online, jumlah pengunjung mencecah 500 hingga seribu sehari.
Semakin bersemangat untuk meneruskan perjuangannya malayapark telah mengambil inisiatif untuk membuat band review. Beberapa band telah memberi kerjasama yang baik dan malayapark telah mendapat keizinan untuk copy paste lirik serta band info band-band tersebut. Dari situ bermulalah era baru bagi Malayapark.com. Setiap hari malayapark.com menerima flyer gig serta lirik lagu dari beberapa orang informer yang baik hati. Mereka sentiasa support malayapark walaupun web ini dibina tanpa sponsor serta kewangan yang kukuh.

Semakin hari jumlah pengunjung semakin bertambah sehinggakan Malayapark.com telah bergelap selama beberapa hari disebabkan server kehabisan bandwidth dan cpu resources. Namun berbekalkan semangat ahli2nya malayapark kini mampu lagi berdiri dan telah melalui 3 kali proses server upgrade. Pada bulan 11/08 inisiatif telah diambil untuk membuka forum kepada pengunjung tetap untuk berkongsi maklumat berkaitan dengan muzik. Hari pertama penubuhan forum Malayapark seramai 30 orang ahli telah mendaftarkan diri mereka dan pada ketika itu masih tiada lagi post-post serta thread seperti sekarang. Peluang untuk menjadi admin forum kemudian dibuka dan semua yang apply pada masa itu layak dan diangkat menjadi admin.
Post wtf is indie oleh mista_jerk telah memberi impak yang besar kepada Malayapark kerana telah berjaya mendapat perhatian silent reader yang ramai. tujuan utama forum dibuka adalah untuk berkongsi ilmu dikalangan peminat muzik tanah air. Dalam masa yang sama sepanjang hampir setahun malayapark berdiri banyak dugaan yang kami terima. Kutukan serta cacian sudah biasa didengar namum berbekalkan semangat untuk terus berjaya malayapark masih mampu berdiri kerana sokongan ahli-ahlinya yang tidak putus-putus memberi dorongan serta galakan.
Setakat ini jumlah pelawat Malayapark maintain dengan 2500 hingga 3000 pelawat sehari dan pada waktu-waktu tertentu boleh mencapai sehingga 5000 orang. Terima kasih kepada member2 malayapark sekalian tanpa anda malayapark tidak akan berdiri seperti sekarang. Teruskan Support Our Local Acts”
To be continue..
Visi Dan Misi Malayapark
- Menjadi tempat rujukan untuk koleksi lirik lagu kord gitar serta video klip MTV
- Menjadi platform untuk memperkenalkan band-band tempatan kepada umum
- Sebagai tempat rujukan band-band , single, informasi band, gig, event, EP serta Album local band.
- Sebagai platform untuk pemint muzik untuk berkumpul serta berkongsi minat dalam bidang muzik.
- Berkongsi maklumat serta pandangan berkenaan dengan local independent scene dalam bentuk penulisan.
Organisasi
Penaung
Joe
Admin
Chanhonam, Ezzack, Tiongs, Nice
Moderator
l_lynn, mastoya, momoque, janggut_berapi, primadona, Mangkukplastik, jalak lenteng,palala ,mishaq, maizatul, hardrepublic, Kugiran Darah
Logistik, PA
Primadona, momoque,chanhonam
Radio/Latest Songs
Ezzack, kugiran
Editor (Review)
Nice, Kugiran Darah, Jalak Lenteng
Promosi
Lynn, Mastoya, Kami_kamu, Maizatul
Editor(Buletin)
Joe, Mishaq, Are_pit
Informer
Jiwa Kosong
Zaff Shuffle
Bujat
Janggut
Adek
Sahabat
Hatiku_luka
AJK Standby
Gemi
Bujat
Apple
Applemango
Pian
Abeskala
Groggy
Pokche
Ajim
Astronout
Swasweykemunink
Semutgatal
Zooka


![18SX [+]](http://i.imgur.com/yXwB8.gif)










