[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » , , » Jemaah Cekup Remaja Curi Motor Pak Imam

Jemaah Cekup Remaja Curi Motor Pak Imam



KUALA TERENGGANU: Bukan sahaja sanggup mencuri dalam kawasan masjid ketika orang lain sedang beribadat malah penjenayah tergamak melarikan motosikal milik seorang imam dan Ahli Jawatankuasa (AJK) sebuah masjid kelmarin.Kejadian berlaku di Masjid Tok Dor, Ajil, dekat Hulu Terengganu antara jam 7 hingga 8.30 malam ketika jemaah bersolat.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Perundangan) negeri, Superintendan K Manoharan berkata kejadian hanya disedari selepas kedua-dua lelaki berkenaan mendapati motosikal mereka berubah kedudukan asal.
Bagaimanapun katanya, beberapa penduduk kampung yang melihat gelagat beberapa lelaki dalam keadaan mencurigakan terlebih dahulu menahan seorang remaja berusia 16 tahun.

“Dia ditahan selepas dikejar penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis bagi membantu siasatan,” katanya.

Harian Metro difahamkan, satu daripada motosikal yang cuba dilarikan sudah disorong beberapa meter manakala sebuah lagi mempunyai kesan umpil tetapi tidak sempat dilarikan apabila perbuatan mereka disedari penduduk kampung.
“Suspek diserahkan kepada polis yang tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 9.30 malam. Polis turut merampas spanar dan playar bersamanya,” katanya.

Sumber : Harian Metro
Cakap-cakap : Buang tebiat,moto pak imam pon nk sebat..hahakk
Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner