MELAKA: “Nasib baik imam datang, kalau tak saya dah terlanjur,” itu kata-kata seorang wanita yang ditahan dicekup khalwat ketika disiasat oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), semalam.Wanita berusia 42 tahun itu yang juga sudah berumah tangga dicekup pegawai syarak dan polis di rumah sewanya di Kampung Gangsa, Durian Tunggal, dekat sini, kira-kira jam 12 tengah malam, semalam. Pembantu kedai itu dicekup bersama pasangannya berusia 36 tahun, seorang buruh juga sudah berumah tangga. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata berdasarkan siasatan pasangan terbabit baru berkenalan dalam tempoh seminggu dan lelaki berkenaan datang ke rumah wanita terbabit dua jam sebelum ditahan.
“Wanita terbabit menyatakan tidak terlanjur melakukan perkara terlarang, selepas menyedari ada pihak datang ke rumahnya,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam. Rahimin berkata, pasangan terbabit ditahan selepas pegawai syarak di kawasan berkenaan menerima aduan ada pasangan bukan muhrim di dalam rumah itu. Katanya, bertindak atas aduan berkenaan pegawai syarak terbabit yang turut diiringi anggota polis membuat pemeriksaan di rumah berkenaan. “Selepas mengetuk pintu, wanita terbabit keluar dengan berpakaian lengkap dan apabila pemeriksaan dilakukan seorang lelaki ditemui berada di bahagian dapur.
“Soal siasat terhadap pasangan terbabit mendapati mereka bukan muhrim dan terus ditahan sebelum diserahkan kepada Jaim,” katanya. Beliau berkata, wanita terbabit yang juga warga Indonesia mempunyai lima cahaya mata yang kini berada di tempat asalnya. Rahimin berkata, wanita terbabit memberitahu dia tidak menemui suaminya yang berasal dari tempat asal sama yang kini berstatus penduduk tetap di negara ini. “Sejak pulang dari tempat asalnya untuk memperbaharui dokumen perjalanannya, wanita itu memberitahu dia tidak lagi menemui suaminya sejak awal bulan lalu. “Isteri kepada lelaki terbabit tidak tinggal di negeri ini dan dia juga masih belum mempunyai cahaya mata,” katanya.
Beliau berkata, pasangan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhrim. “Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sumber : Harian Metro
Cakap-cakap : Kesian terbantut..hehekk..ngn org endon pon jd..

![18SX [+]](http://i.imgur.com/yXwB8.gif)