[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » , , » MOL Beli Frienster

MOL Beli Frienster



Mungkin ramai sudah ketahui yang mana Friendster telah pun dimiliki oleh syarikat daripada Malaysia, MOL Global, dan ianya diura-urakan yang mana Friendster telah dimiliki pada harga lebih kurang $100 juta, namun sebenarnya, ianya dimiliki pada harga hanya 39.5 juta sahaja. Friendster yang bermula pada tahun 2002 digunakan secara meluas dalam perkongsian video, gambar serta pesanan sebelum populariti laman tersebut menerima saingan sengit daripada Facebook. Pengguna Friendster majoritinya berada di kawasan Asia. Berdasarkan perjanjian baru, Friendster yang berasal dari California akan menjadi milik sepenuh MOL Global yang merupakan firma berkait dengan MOL AccessPortal Bhd. (MOL), iaitu sebuah firma pembayaran dalam talian milik taikun Tan Sri Vincent Tan.

TechCrunch melaporkan, yang mana beberapa sumber-sumber boleh dipercayai mengatakan yang mana Friendster hanya dibeli pada harga $39.5 juta, dan hanya bernilai $26.4 juta selepas menolak beberapa kos sebanyak $13.1 juta. Amat mendukacitakan kerana sebelum ini, Friendster dikatakan bernilai antara $98 juta hingga $273 juta, dan ianya telah dijual pada harga kurang $40 juta sahaja.

Sebelum ini, pada tahun lepas, Friendster telah ditawarkan sebanyak $150 juta, tetapi telah ditolak oleh pihak Friendster, dan pada tahun 2003 mereka telah menolak tawaran Google yang bernilai sebanyak $30 juta. Buat masa ini, masih tiada angka rasmi daripada pihak Friendster dan juga MOL Global.

"Kombinasi entiti baru ini akan memberikan Friendster sokongan kewangan, rangkaian pengedaran serta infrastruktur e-Perdagangan yang akan menjadi pemangkin kepada strategi kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif Friendster, Richard Kimber. Dengan memiliki lebih 75 juta pengguna berdaftar, Friendster menyatakan 90 peratus aliran penggunaan harian adalah di kawasan Asia manakala MOL pula memiliki lebih 500,000 saluran fizikal dan maya di 75 buah negara untuk mengutip bayaran kandungan serta perkhidmatan.

Cakap-cakap : Ape kene r, time market tinggi x nk jual.. hahakk.
Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner

Jangan Lupa Tinggalkan Komen Pada Entri Ini | Like Us On Facebook

Klik Untuk Komen | Click Here To Comments