[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » , , » Parah Langgar Kerbau

Parah Langgar Kerbau



KUALA TERENGGANU: “Saya tidak sangka jantung yang berdegup kencang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah menjadi petanda ada perkara buruk akan berlaku,” kata Azmi Mat, 24, yang nyaris terbunuh selepas motosikal dinaikinya merempuh seekor kerbau di Kampung Jerangau Sungai, Dungun, awal pagi kelmarin. Menurutnya, dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, dia bersama 14 rakan berkonvoi dari Kuala Lumpur ke rumah keluarganya di Kampung Apal, Besut.

Katanya, sebelum kejadian, hujan lebat dan dia bersama rakan berhenti di stesen minyak Dungun untuk berehat. “Ketika itu, saya berasa tidak sedap hati dan rakan lain yang melihat keadaan itu sempat menegur kerana bimbangkan keadaan saya yang terketar-ketar.

Anak keempat daripada lima beradik itu berkata, ketika meneruskan perjalanan dia ditinggalkan rakannya dan cuba mengejar, tetapi malangnya tindakan itu mengundang padah apabila merempuh seekor kerbau yang melintas secara tiba-tiba. “Kejadian berlaku begitu pantas, saya gagal mengelak dan sebaik melanggar haiwan terbabit, saya terperosok di bawah haiwan itu dan kaki tidak boleh bergerak.

“Saya bertambah panik apabila melihat tangan yang patah terbelah menyebabkan darah tidak berhenti mengalir. “Saya bernasib baik kerana rakan berpatah balik membantu saya dan tidak lama kemudian polis peronda tiba untuk menghulurkan bantuan,’’ katanya yang ditemui Harian Metro di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), semalam.

Sementara itu, kakak mangsa, Suriani Mat, 31, berkata ketika kemalangan, dia tidur di rumah sebelum menerima panggilan memaklumkan kejadian menimpa adiknya itu. “Saya dan adik lain bergegas ke tempat kejadian dan sebaik tiba kami pilu melihat kaki serta tangan kanan Azmi patah serta terbelah dan terpaksa menerima 12 jahitan,” katanya.

Cakap-cakap : Buang tebiat, kebau pon nk langgar, dah nasib

Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner

Jangan Lupa Tinggalkan Komen Pada Entri Ini | Like Us On Facebook

Klik Untuk Komen | Click Here To Comments