KUALA LUMPUR: Melucukan apabila sekumpulan Mat Rempit bukan saja menyamun barang berharga milik seorang pemancing malah mereka juga melarikan seekor ikan keli yang dipancing remaja berkenaan.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi di Bandar Tun Razak, di sini, kelmarin, mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Zainal, 17, berkata dia yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai memancing di sebuah tasik berhampiran kawasan berkenaan secara tiba-tiba dihampiri sekumpulan lelaki bermotosikal.
“Seorang daripada mereka menahan saya sebelum mengarahkan supaya menyerahkan semua barangan berharga manakala saki-baki kumpulan terbabit berpusing-pusing di sekeliling menggunakan motosikal yang ditunggangi mereka. “Saya bagaimanapun berjaya melarikan diri sejauh satu kilometer, namun diberkas semula kumpulan terbabit,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, keengganan menyerah barangan miliknya itu mengundang kemarahan ahli kumpulan terbabit sebelum seorang daripada mereka memukulnya menggunakan batang besi. “Saya yang terjatuh diserbu dan semua barangan berharga saya seperti telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM200 dirampas kumpulan itu,” katanya. Zainal berkata, kumpulan terbabit juga turut merampas seekor ikan keli yang berjaya dipancingnya dari tasik berkenaan.
“Saya bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan dan apa yang saya kesalkan kumpulan terbabit bukan saja merampas barangan berharga malah apa saja yang dimiliki ketika itu. “Saya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan kumpulan itu dan tidak keluar memancing berseorangan terutamanya ketika lewat malam,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Cakap-cakap : Ikan keli pon nk sebat..x faham aku..hahakk..

![18SX [+]](http://i.imgur.com/yXwB8.gif)











u're invited. new contest at http://kameraxburuk.blogspot.com/2009/12/giveaway.html
ikan keli tu,kalau goreng pon sedap,masak pecel lagi sedap, tu pasal la dorang sebat jugak ikan tuh
kepingin gaknye..
masak asam pedas la lagi mantop!!!!
:P
Wow . beso gila . jual mahal !!! Lelong2 rm1000000 . sapa mampu beli !!!
haha. ikan favourite dia kot. hehe
buang tebiat mahal nk lelong :P
nk jual le tu.. asal dpt je
duit 2 duit jugak tp mahal da mcm ape....last2 masuk perut jugak...keluar kat tuttttt :P