INSYALLAH LEPAS RAYA..
Read More → Blogger Tutorial


Memulakan pertemuan dengan memberi salam adalah sunat. Sekiranya beramai-ramai memberi salam menjadi sunat kifayah. Sunat kifayah bermaksud; sunat ke atas kumpulan ramai tersebut memberi salam. Apabila seorang melakukannya, pahalanya akan diperolehi oleh semua. Menjawab salam pula, sekiranya berseorangan hukumnya menjadi fardhu ain. Sekiranya beramai-ramai, menjawab salam menjadi fardhu kifayah. Sekiranya seorang menjawab salam, gugurlah tuntutan atas semua orang lain. Sekiranya semua yang hadir menjawab salam, itu lebih baik. Sekiranya semuanya meninggalkan menjawab salam, semua akan berdosa. Dalilnya ialah hadis nabi : يجزء عن الجماعة إذا مروا أن يسلم أحدهم ، ويجزء عن الجلوس أن يرد أحدهم
maksudnya: “cukuplah bagi sekumpulan manusia apabila mereka melintasi orang lain dengan salah seorang mereka memberi salam. Dan cukuplah bagi kumpulan yang duduk dengan salah seorang mereka menjawab salam.” (hadis riwayat Abi Dawud)
( هذا جبريل يقرأ عليك السلام ) bermaksud: “ini dia JIbril menyampaikan salam kepadamu. Kata Aisyah; saya menjawab : ( وعليه السلام ورحمة الله ) –wa`alaihissalam-bermaksud: dan ke atasnya salam juga. (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
*Dimakruhkan memberi salam kepada beberapa kumpulan di antaranya:
*Sesiapa yang memberi salam di tempat yang tidak sepatutnya maka tidak wajib jawab...
* Haram menjawab salam dalam solat dan batal solatnya.

Sesiapa yang pernah tengok dan merupakan peminat filem Godzilla, The Day After Tomorrow dan 1000 BC mesti ingat Roland Emmerich, pengarah kepada tiga filem tersebut.
Dalam filem 2012, banyak giler famous ‘landmark’ yang di musnah kan. Tapi, Kaabah? Tak di musnahkan. The Sistine Chapel & Christ The Redeemer Statue, Yup! Di musnahkan!
Kalau sesiapa baca artikel ni;
http://www.sufferedgezine.blogspot.com/“Well, I wanted to do that, I have to admit,” Emmerich says. “But my co-writer Harald said I will not have a fatwa on my head because of a movie. And he was right. … We have to all … in the Western world … think about this. You can actually … let … Christian symbols fall apart, but if you would do this with [an] Arab symbol, you would have … a fatwa, and that sounds a little bit like what the state of this world is. So it’s just something which I kind of didn’t [think] was [an] important element, anyway, in the film, so I kind of left it out.”
————————————————-
Mesti rasa WOOAAHH. Roland tak musnahkan Kaabah! Lepas tu scroll ke bawah dan baca komen-komen. Wallaaa… Banyak betul komen. Banyak giler nak mampus..
“Why is it that we have to always respect Islam? Not showing pictures of Mohamed etc. If we are living with that fear then the terrorists have won.”
“He is scared of the muslims, because he know they the radical hate and is afraid of loosing his live. And Christians won’t kill him.”
Look at the Christian religion!! If Muslims were like Christians, and allow Human Beings to tamper with GODS work, then we’d have like aLOT of sub-Islams. You have Protestants, Baptists, etc..
What kind of person that will not defend their own religion? I will defend mine. Definitely!
If all of you are angry with that guy, why are you saying all the bad things about Islam?
I’ll just watch the movie for the nice visual effect.
Secara kasar, ada tiga jenis orang yang komen-komen dekat artikel tu; Muslim people; Anti-Muslim people & I-Dont-Care people.
http://www.sufferedgezine.blogspot.com/
————————————————-
# Roland Emmeric hanya musnahkan ‘landmark atau ’symbol’ yang berkaitan dengan Kristian; kebanyakkannya. Agama-agama lain macam Hindu, Buddha, Judaism etc. Tak ada langsung KOWT!
# Dalam filem 2012, Roland tunjuk Kaabah tak musnah dalam kejadian 2012 ni. Okay. Kenapa mesti tunjuk dia tak musnahkan kan Kaabah tu?
# Kenapa dia perlu buat kenyataan mengenai Kaabah; kenapa mesti cakap dia nak musnahkan Kaabah, tapi disebabkan Fatwa; dia tak jadi? Padahal banyak lagi ‘landmark’ & ’symbol’ agama lain tak dimusnahkan?
# Adakah dia sengaja nak buat orang Islam & Kristian bergaduh? IF YES. Congratulation! Roland dah pun berjaya! Cuba google artikel mengenai STATEMENT Roland yang dia tak musnahkan Kaabah sebab Fatwa etc. Banyak giler komen yang ‘bergaduh’.
# Adakah dia sengaja nak buat orang bukan Islam membenci Islam dan anggap Roland tak nak musnahkan Kaabah sebab takut kena bom? Takut ada rusuhan? Dia sengaja nak bagi ’situasi’ di mana IF DIA MUSNAHKAN Kaabah; dia akan di hukum kerana fatwa, atau akan di ugut oleh pihak extremist?
————————————————-
Atau mungkinkah semua ni hanya kerana TERLALU BANYAK BERFIKIR; Kita kan kena bersangka baik.. Okayy.. Mungkin Roland pilih untuk tak ‘menganggu’ sensitiviti orang Islam. Mungkin dia hormat pada agama Islam? Atau amik pengajaran daripada isu gambar kartun Nabi Muhammad? Tak tau lah. You judge it! What do you think?
http://www.sufferedgezine.blogspot.com/
Tujuan Asal penubuhan malayapark adalah untuk menyediakan berita serta isu-isu semasa yang berlaku diMalaysia pada masa yang sama menjadi blog peribadi Joe untuk dia menyimpan lirik-lirik serta MTV kegemarannya terutama lirik lagu butterfingers dan bittersweet. Setiap hari koleksi video serta lirik semakin bertambah dan secara tidak langsung terdapat beberapa orang menjadikan blog Malayapark sebagai sumber rujukan lirik2 lagu mereka. Sebulan selepas penubuhan Malayapark, keputusan untuk menjadikan malayapark sebagai hub peminat scene indie/undeground telah diambil. Beberapa langkah telah diatur. Sambutan amat mengalakkan sebulan pertama Malayapark online, jumlah pengunjung mencecah 500 hingga seribu sehari.
Semakin bersemangat untuk meneruskan perjuangannya malayapark telah mengambil inisiatif untuk membuat band review. Beberapa band telah memberi kerjasama yang baik dan malayapark telah mendapat keizinan untuk copy paste lirik serta band info band-band tersebut. Dari situ bermulalah era baru bagi Malayapark.com. Setiap hari malayapark.com menerima flyer gig serta lirik lagu dari beberapa orang informer yang baik hati. Mereka sentiasa support malayapark walaupun web ini dibina tanpa sponsor serta kewangan yang kukuh.

Semakin hari jumlah pengunjung semakin bertambah sehinggakan Malayapark.com telah bergelap selama beberapa hari disebabkan server kehabisan bandwidth dan cpu resources. Namun berbekalkan semangat ahli2nya malayapark kini mampu lagi berdiri dan telah melalui 3 kali proses server upgrade. Pada bulan 11/08 inisiatif telah diambil untuk membuka forum kepada pengunjung tetap untuk berkongsi maklumat berkaitan dengan muzik. Hari pertama penubuhan forum Malayapark seramai 30 orang ahli telah mendaftarkan diri mereka dan pada ketika itu masih tiada lagi post-post serta thread seperti sekarang. Peluang untuk menjadi admin forum kemudian dibuka dan semua yang apply pada masa itu layak dan diangkat menjadi admin.
Post wtf is indie oleh mista_jerk telah memberi impak yang besar kepada Malayapark kerana telah berjaya mendapat perhatian silent reader yang ramai. tujuan utama forum dibuka adalah untuk berkongsi ilmu dikalangan peminat muzik tanah air. Dalam masa yang sama sepanjang hampir setahun malayapark berdiri banyak dugaan yang kami terima. Kutukan serta cacian sudah biasa didengar namum berbekalkan semangat untuk terus berjaya malayapark masih mampu berdiri kerana sokongan ahli-ahlinya yang tidak putus-putus memberi dorongan serta galakan.
Setakat ini jumlah pelawat Malayapark maintain dengan 2500 hingga 3000 pelawat sehari dan pada waktu-waktu tertentu boleh mencapai sehingga 5000 orang. Terima kasih kepada member2 malayapark sekalian tanpa anda malayapark tidak akan berdiri seperti sekarang. Teruskan Support Our Local Acts”
To be continue..
Visi Dan Misi Malayapark
Organisasi
Penaung
Joe
Admin
Chanhonam, Ezzack, Tiongs, Nice
Moderator
l_lynn, mastoya, momoque, janggut_berapi, primadona, Mangkukplastik, jalak lenteng,palala ,mishaq, maizatul, hardrepublic, Kugiran Darah
Logistik, PA
Primadona, momoque,chanhonam
Radio/Latest Songs
Ezzack, kugiran
Editor (Review)
Nice, Kugiran Darah, Jalak Lenteng
Promosi
Lynn, Mastoya, Kami_kamu, Maizatul
Editor(Buletin)
Joe, Mishaq, Are_pit
Informer
Jiwa Kosong
Zaff Shuffle
Bujat
Janggut
Adek
Sahabat
Hatiku_luka
AJK Standby
Gemi
Bujat
Apple
Applemango
Pian
Abeskala
Groggy
Pokche
Ajim
Astronout
Swasweykemunink
Semutgatal
Zooka



Switch to Mobile View | Copyright © Since 2007 by SUFFER8ZINE | Di tulis di bawah akta Creative Commons Attribution 3.0