Special thanks to our Advertiser : 701 Panduan, Innity, Advertlets, Exabytes, 313@Somerset, 3M, 8TV, Air Asia, American Express, Bata, Bella, Biotherm, BMW, Bodrex, Burberry, Burger King, Canon, Celcom Axiata Berhad, CIMB Group, Coca-Cola Malaysia Sdn Bhd, Colgate-Palmolive Company, Dell, DiGi, Esia Telecom, FOX, Ikea, Intel Corporation, Johnson & Johnson, KFC, KLM, Mahsa, Maxis Bhd., Nestlé Product Sdn Bhd, Neutrogena, NIKE, Nokia, Oreo, Park Royal, PepsiCo Inc, Petronas, Pizza Hut, Pos Malaysia Berhad, Proton Holdings Berhad, Room Service, Samsung, Sitra, Sony Ericsson, Sony Malaysia, STB, Subway, Tri Indonesia, U Mobile Sdn Bhd, UIP, Unilever and more. [Text Ads] Gel Untuk Lelaki Yang Sering Tewas? Kini Mampu Menjadi Perkasa.
[Text Ads] Stor Rumahtangga Suami Dan Isteri.. Pelbagai Yang Menarik Ada Disana!!
[Text Ads] Herba Tambahan Untuk Menjadi LELAKI Gagah, Kuat & Hebat!! 100% Herba.
[Text Ads] Dapatkan VIMAX ORIGINAL Dengan Berpeluang Membawa Pulang Galaxy Note Kepada Yang Berjaya!! Bandingkan Antara ASLI & PALSU.
[Text Ads] Ubat Kuat Lelaki Kapsul Herba RELOAD, Tambahkan Tenaga, Keupayaan, Stamina, Kekuatan, Nafsu, Kemampuan Dan Keyakinan ANDA.. RELOAD your love life!
Ingin Beriklan Secara Berpatutan Disini? Semua Saiz & Jenis Ada. Hubungi suffer8zine@yahoo.com

Facebook Punca Cerai






SYDNEY: Bagi kebanyakan pasangan, laman sosial Internet seperti Facebook adalah cara untuk mengekalkan hubungan dengan rakan. Namun, kesan negatifnya semakin disedari dengan dakwaan terbaru menyatakan laman itu menjadi punca meningkatnya jumlah perceraian.

Menurut sebuah syarikat guaman, hampir satu daripada lima tuntutan cerai yang diuruskannya menyebut Facebook sebagai satu daripada punca. "Saya mengambil keputusan untuk mencari bagaimana serius keadaan itu. "Saya terkejut apabila mendapati 20 peratus daripada tuntutan cerai merujuk kepada Facebook.

“Alasan paling lumrah ialah pengguna laman itu bersembang mengenai seks dengan orang yang tidak berkenaan.” Pengkritik berkata, laman sosial Internet menarik golongan lemah untuk berlaku curang terhadap teman mereka.Suami atau isteri yang mengesyaki sesuatu, menggunakan laman itu untuk mencari bukti kecurangan pasangan mereka.

Pada masa sama, syarikat juga mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan mengeluarkan perisian yang membolehkan pelanggan mengintip secara elektronik terhadap pasangan mereka. - Agensi

Sumber : Harian Metro
Cakap-cakap : Oleh itu jgn gatal2...hahahakkk..


Read MoreFacebook Punca Cerai

Waspada Laman Web Perbankan Palsu






KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta berhati-hati dengan kegiatan ‘phishing’ atau penipuan siber melalui laman web palsu dengan menyamar sebagai entiti yang boleh dipercayai seperti laman web perbankan. Peringatan terbabit diberikan CyberSecurity Malaysia berikutan pendedahan aktiviti cubaan ‘phishing’ semakin meningkat di negara ini.

Kegiatan itu adalah proses jenayah penipuan dalam cubaan memperoleh maklumat peribadi seperti nama pengguna, nombor akaun, nombor PIN (nombor pengenalan peribadi), kata laluan serta butiran kad kredit dengan menyamar entiti boleh dipercayai menerusi komunikasi elektronik.

“Pusat Bantuan Cyber999 menerima banyak aduan daripada pengguna Internet di negara ini berhubung laman web ‘phishing’ yang dihoskan di luar negara yang nampak sama seperti laman web e-perbankan bank tempatan utama,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt Kol Husin Jazri.

Dalam kenyataan semalam, katanya, ‘serangan phishing’ juga mengamalkan kaedah sosial seperti menghantar e-mel spam, yang tidak diundang, nampak seperti dihantar bank terkemuka tempatan. “E-mel yang tidak sahih itu menggunakan perkataan meyakinkan untuk menipu orang dengan klik kepada ‘link’ atau sambungan yang membuka laman web palsu atau laman web e-perbankan palsu.

“Oleh kerana laman web palsu nampak sama seperti laman web sahih, pelanggan tertipu untuk memasukkan maklumat peribadi mereka seperti nama pengguna dan kata laluan dalam laman web e-perbankan palsu.

“Bank tidak akan meminta pelanggan mengemaskini akaun, mengubah semula kata laluan, membuka kunci akaun atau sebarang maklumat berkaitan perbankan melalui e-mel dan alamat URL,” katanya. - Bernama

Oleh itu, Pusat Bantuan Cyber999 menasihatkan orang awam supaya mengendahkan jika menerima e-mel yang nampak sama dari bank atau mana-mana institusi kewangan. Pusat itu meminta pelanggan supaya memeriksa kesahihan e-mel yang diterima dengan pihak bank atau menghubungi pusat berkenaan.-- BERNAMA

Sumber : Bernama
Cakap-cakap : Mcm2 cara law nk kaye ni...ish2



Read MoreWaspada Laman Web Perbankan Palsu

Penyamun Ikan Keli






KUALA LUMPUR: Melucukan apabila sekumpulan Mat Rempit bukan saja menyamun barang berharga milik seorang pemancing malah mereka juga melarikan seekor ikan keli yang dipancing remaja berkenaan.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi di Bandar Tun Razak, di sini, kelmarin, mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Zainal, 17, berkata dia yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai memancing di sebuah tasik berhampiran kawasan berkenaan secara tiba-tiba dihampiri sekumpulan lelaki bermotosikal.

“Seorang daripada mereka menahan saya sebelum mengarahkan supaya menyerahkan semua barangan berharga manakala saki-baki kumpulan terbabit berpusing-pusing di sekeliling menggunakan motosikal yang ditunggangi mereka. “Saya bagaimanapun berjaya melarikan diri sejauh satu kilometer, namun diberkas semula kumpulan terbabit,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, keengganan menyerah barangan miliknya itu mengundang kemarahan ahli kumpulan terbabit sebelum seorang daripada mereka memukulnya menggunakan batang besi. “Saya yang terjatuh diserbu dan semua barangan berharga saya seperti telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM200 dirampas kumpulan itu,” katanya. Zainal berkata, kumpulan terbabit juga turut merampas seekor ikan keli yang berjaya dipancingnya dari tasik berkenaan.

“Saya bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan dan apa yang saya kesalkan kumpulan terbabit bukan saja merampas barangan berharga malah apa saja yang dimiliki ketika itu.
“Saya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan kumpulan itu dan tidak keluar memancing berseorangan terutamanya ketika lewat malam,” katanya.

Sumber : Harian Metro
Cakap-cakap : Ikan keli pon nk sebat..x faham aku..hahakk..

Read MorePenyamun Ikan Keli

Dicekup khalwat pada pertemuan pertama






MELAKA: Pertemuan kali pertama seorang gadis berusia 14 tahun dengan teman lelakinya berusia 19 tahun yang hanya dikenali menerusi telefon sejak setahun lalu membawa padah apabila mereka dicekup berkhalwat di sebuah hotel bajet di bandar ini, semalam.

Pasangan terbabit dicekup Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islama Melaka (Jaim) kira-kira jam 12 tengah hari selepas kedua-dua mereka dikatakan berkurung di dalam bilik sejam sebelum itu. Lelaki terbabit dikatakan datang ke negeri ini dengan menaiki bas ekspres dari Kuantan, Pahang ke sejak awal malam kelmarin dan merancang mahu bertemu remaja perempuan berkenaan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata berdasarkan aduan pihaknya ke hotel berkenaan membuat pemeriksaan dan remaja perempuan berkenaan membuka pintu apabila diketuk.
Katanya, pemeriksaan lanjut di dalam bilik hotel berkenaan menemui seorang lelaki berada dalam bilik air. “Soal siasat terhadap mereka mendapati pasangan terbabit bukan muhrim dan gadis itu memberi alasan masuk ke bilik yang disewa lelaki terbabit kerana mahu menemaninya tidur sementara menunggunya pulang ke Kuantan,” katanya.

Rahimin berkata, siasatan terhadap pasangan terbabit mendapati lelaki berkenaan tiba ke negeri ini kira-kira jam 7 malam kelmarin menaiki bas ekspres.

Katanya, remaja lelaki berkenaan ke Klebang seorang diri untuk menyewa hotel di situ, namun tidak kesampaian apabila penuh.

“Dia merayau di sekitar Pantai Klebang dan berehat di kedai di situ sehinggalah pagi tadi (semalam). “Mereka bertemu di Melaka Sentral dan lelaki terbabit menyewa bilik di hotel bajet di kawasan berkenaan, kerana mengadu tidak cukup tidur. “Gadis terbabit menemani teman lelakinya itu ke bilik berkenaan sebelum pasangannya pulang,” katanya.

Beliau berkata, pasangan terbabit didakwa di Mahkamah Syariah pada hari ini mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan muhrim. “Sabit kesalahan pasangan terbabit boleh didenda RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sumber : Harian Metro
Cakap-cakap :Baru 14 tahun tuu......

Read MoreDicekup khalwat pada pertemuan pertama

Dua Sahabat Maut






IPOH - Dua sahabat termasuk seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam maut manakala dua lagi cedera parah apabila kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Puncak Jelapang, Jelapang di sini semalam.

Dua mangsa yang terkorban ialah Meor Mohammad Azlan Meor Ahmad Sabri, 21, pelajar tahun dua jurusan Perakaunan, UiTM Shah Alam, Selangor dan Mohd. Zul Akmar Ali, juga 21 tahun.

Dua lagi sahabat mereka yang hanya dikenali sebagai Farid dan Zul cedera parah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, semua mangsa yang menaiki kereta Toyota Corolla dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Gugusan Manjoi di sini.

Kumpulan empat sahabat itu dikatakan dalam perjalanan dari Sitiawan dekat sini.

"Sampai di persimpangan Puncak Jelapang kira-kira lima kilometer dari Gugusan Manjoi, tiba-tiba sebuah kereta yang cuba memotong kenderaan lain terbabas memasuki laluan empat sahabat itu.

"Azlan yang memandu kereta itu cuba mengelak tetapi ia merempuh pembahagi jalan," kata beliau di sini semalam.

Sumber : Kosmo
Cakap-cakap : Sadissss...

Read MoreDua Sahabat Maut

Pertandingan Gemuk dan Cantik di Israel





BANDAR BEERSHEBA - Kira-kira 40 wanita yang berat antara 80 kilogram (kg) hingga 120kg mengambil bahagian dalam satu pertandingan kebangsaan kelmarin di sini, selatan Israel.

Pertandingan itu dikenali sebagai Gemuk dan Cantik menampilkan wanita-wanita 'berisi' yang beraksi di hadapan panel hakim. Peserta wanita akan memperagakan tubuh mereka dengan memakai pakaian menarik manakala wajah mereka turut dimekap.

Acara tahunan itu kali ini dimenangi oleh Moran Barannes. Pada tahun lalu, Khani Yirmiyahu yang berat badannya 80kg dinobatkan sebagai juara.

Sumber : Kosmo
Cakap-cakap : pehhh...



Read MorePertandingan Gemuk dan Cantik di Israel

Laman Twitter digodam





LONDON - Penggodam Iran menggodam laman web Twitter menyebabkan operasinya terjejas selama dua jam pada pagi semalam, lapor sebuah akhbar semalam.

Serangan itu berlaku pada kira-kira pukul 6 pagi waktu tempatan sekali gus mengakibatkan kira-kira 30 juta pengguna tidak dapat menghantar mesej. Laman utama Twitter itu digantikan dengan skrin berwarna hitam dan merah yang memaparkan satu bendera berwarna hijau.(klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas)

Muka surat di laman itu mengandungi mesej yang menyatakan laman tersebut sudah digodam oleh Tentera Siber Iran. "Tentera Amerika Syarikat (AS) berpendapat ia mengawal dan menguruskan akses Internet tetapi sebenarnya AS tidak mengawalnya.

"Kami mengawal dan menguruskan Internet dengan kuasa yang ada pada kami. Justeru jangan cuba untuk menghasut penduduk Iran," kata mesej tersebut.

Kakitangan-kakitangan laman Twitter memberitahu pengguna: "Kami sedang melakukan pemulihan dan akan memberitahu maklumat terkini semasa kami mencari punca yang menyebabkan ia (operasi terjejas) berlaku."

Laman web seperti Twitter dan Facebook menjadi tumpuan utama golongan muda. Golongan muda yang tinggal di bandar-bandar Iran menentang pemerintahan Presiden Mahmoud Ahmadinejad.

Mahmoud menewaskan pencabar terdekatnya, Mir Hossein Mousavi dalam pilihan raya presiden tahun ini.

Ramai rakyat Iran menggunakan Twitter bagi mengatur tunjuk perasaan. Menurut badan pemantau Internet, OpenNet Initiative, penduduk Iran mula menggunakan Internet semasa pemerintahan Presiden Mohammad Khatami pada 1997 hingga 2005.

Sumber : S8Z & Kosmo
Cakap-cakap : Dasat org Iran ni..


Read MoreLaman Twitter digodam

Bapa 16 anak dinobat Tokoh Keluarga Mithali Terengganu



KUALA TERENGGANU - Kesabaran seorang ayah, Abd. Razak Yusof, 70, yang bekerja sebagai nelayan membesarkan 16 orang anak bagaikan terbalas apabila beliau dipilih sebagai pemenang Anugerah Tokoh Keluarga Mithali Negeri Terengganu 2009 malam semalam.

Menurutnya, resipi kebahagiaan dan kejayaaan hidupnya ialah dengan berpegang teguh pada ajaran Islam dalam mendidik anak-anak dan mempunyai isteri yang soleh.


Lebih membanggakan apabila 11 daripada 16 orang anaknya itu berjaya meneruskan pelajaran ke menara gading.


Berkat kegigihan mendidik dan menjaga anak-anaknya itu, Abd. Razak dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Keluarga Mithali Negeri Terengganu 2009 yang diadakan sempena sambutan Maal Hijrah Tahun 1431 di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini.


Abd. Razak ketika ditemui memberitahu, beliau bersyukur kerana penat lelah menjaga keluarga selama lebih 30 tahun lalu membuahkan hasil apabila melihat kejayaan anak-anaknya tanpa mereka lupa segala jasa kedua-dua ibu bapa.


Bagaimanapun katanya, beliau tidak menyangka kegigihannya mendapat perhatian kerajaan sehingga diumumkan sebagai Tokoh Keluarga Mithali peringkat negeri kali ini.


Sumber : Kosmo

Cakap-cakap : 16 ank tu..leh main bola 8 sebelah..Tahniah..


Read MoreBapa 16 anak dinobat Tokoh Keluarga Mithali Terengganu

Lalok Gam, Bakar Rumah Nenek



KUALA KEDAH - Kesan ketagihan menghidu gam, seorang pemuda yang gagal mengawal emosi bertindak membakar rumah neneknya sendiri di
Kampung Sematang Bogak dekat sini semalam. Dalam kejadian pukul 1.45 pagi itu, hampir semua barang milik neneknya, Asiah Puteh, 72, termasuk wang tunai RM1,500 untuk kegunaan perbelanjaan harian hangus terbakar.

Kosmo! difahamkan, pemuda itu mengalami masalah emosi kesan daripada menghidu gam menyebabkan dia sering bercakap dan ketawa seorang diri ketika bersendirian. Menurut Asiah, walaupun cucunya itu mengalami masalah emosi namun, beliau menyifatkan cucunya itu sebagai seorang yang baik kerana sejak duduk bersamanya sebulan lalu, dia rajin membantunya.

"Jika tiba masanya dia lupa diri, dia akan lakukan perkara yang pelik-pelik termasuklah bercakap seorang diri dan kemudian ketawa sekuat-kuat hati.

"Pada hari-hari biasa, jika saya pergi ke bendang, dia akan kemas rumah dan basuh pinggan mangkuk," ceritanya. Menceritakan detik kejadian, Asiah menambah, dia yang sedang nyenyak tidur di bahagian bawah rumah terkejut apabila cucunya itu tiba-tiba mengejutkannya lalu mengheretnya keluar dan membawa ke rumah adiknya yang terletak bersebelahan.

"Ketika dikejutkan saya terasa panas dan terpinga-pinga namun tak mampu berbuat apa-apa kerana cucu saya itu terus mengheret keluar ke tempat selamat. "Saya cuba juga menyelamatkan barang-barang tapi dia tak bagi sebab bimbang dengan keselamatan saya," katanya.

Sumber : Kosmo
Cakap-cakap : Kesian gile nenek 2,hehekk

Read MoreLalok Gam, Bakar Rumah Nenek

Mati Makan Burger



SHAH ALAM: Seorang pengarah kewangan warga China, maut dalam kemalangan selepas Proton Wira yang dipandunya merempuh pembahagi jalan dan beberapa batang pokok tanaman hiasan di Pesiaran Tengku Ampuan, Seksyen 20, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata mangsa, Ho Gong Bo, 31, yang bertugas di sebuah kilang pemprosesan besi di sini, maut akibat cedera parah di kepala kira-kira 5.25 pagi.
Beliau berkata, Ho dipercayai sedang menikmati sarapan pagi sambil memandu ketika kemalangan berlaku berdasarkan beberapa cebisan burger ditemui pada mulut mangsa.

Katanya, anggota penyelamat turut menemui resit pembelian yang mencatatkan urus niaga dilakukan 15 minit sebelum kejadian di sebuah restoran makanan segera berhampiran.
“Kami percaya mangsa memandu dengan laju berdasarkan kenderaannya yang rosak teruk dan diklasifikasikan sebagai hilang kawalan langsung,” katanya kepada pemberita di sini, semalam. Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk bedah siasat.

Che Hussin berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada majikan mangsa, Ho sudah berkahwin dan isterinya di China sudah dimaklumkan mengenai kemalangan itu.
“Isteri mangsa akan tiba di negara ini dalam masa dua hari lagi bagi menuntut mayat mendiang,” katanya. Beliau berkata, mangsa mempunyai lesen memandu antarabangsa dikeluarkan di Bangladesh pada 2008.

Sumber : Bernama

Cakap-cakap : Dah ajal...


Read MoreMati Makan Burger

Jemaah Cekup Remaja Curi Motor Pak Imam



KUALA TERENGGANU: Bukan sahaja sanggup mencuri dalam kawasan masjid ketika orang lain sedang beribadat malah penjenayah tergamak melarikan motosikal milik seorang imam dan Ahli Jawatankuasa (AJK) sebuah masjid kelmarin.Kejadian berlaku di Masjid Tok Dor, Ajil, dekat Hulu Terengganu antara jam 7 hingga 8.30 malam ketika jemaah bersolat.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Perundangan) negeri, Superintendan K Manoharan berkata kejadian hanya disedari selepas kedua-dua lelaki berkenaan mendapati motosikal mereka berubah kedudukan asal.
Bagaimanapun katanya, beberapa penduduk kampung yang melihat gelagat beberapa lelaki dalam keadaan mencurigakan terlebih dahulu menahan seorang remaja berusia 16 tahun.

“Dia ditahan selepas dikejar penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis bagi membantu siasatan,” katanya.

Harian Metro difahamkan, satu daripada motosikal yang cuba dilarikan sudah disorong beberapa meter manakala sebuah lagi mempunyai kesan umpil tetapi tidak sempat dilarikan apabila perbuatan mereka disedari penduduk kampung.
“Suspek diserahkan kepada polis yang tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 9.30 malam. Polis turut merampas spanar dan playar bersamanya,” katanya.

Sumber : Harian Metro
Cakap-cakap : Buang tebiat,moto pak imam pon nk sebat..hahakk

Read MoreJemaah Cekup Remaja Curi Motor Pak Imam

Kucupan terbantut



MELAKA: “Nasib baik imam datang, kalau tak saya dah terlanjur,” itu kata-kata seorang wanita yang ditahan dicekup khalwat ketika disiasat oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), semalam.Wanita berusia 42 tahun itu yang juga sudah berumah tangga dicekup pegawai syarak dan polis di rumah sewanya di Kampung Gangsa, Durian Tunggal, dekat sini, kira-kira jam 12 tengah malam, semalam. Pembantu kedai itu dicekup bersama pasangannya berusia 36 tahun, seorang buruh juga sudah berumah tangga. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata berdasarkan siasatan pasangan terbabit baru berkenalan dalam tempoh seminggu dan lelaki berkenaan datang ke rumah wanita terbabit dua jam sebelum ditahan.

“Wanita terbabit menyatakan tidak terlanjur melakukan perkara terlarang, selepas menyedari ada pihak datang ke rumahnya,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam. Rahimin berkata, pasangan terbabit ditahan selepas pegawai syarak di kawasan berkenaan menerima aduan ada pasangan bukan muhrim di dalam rumah itu. Katanya, bertindak atas aduan berkenaan pegawai syarak terbabit yang turut diiringi anggota polis membuat pemeriksaan di rumah berkenaan. “Selepas mengetuk pintu, wanita terbabit keluar dengan berpakaian lengkap dan apabila pemeriksaan dilakukan seorang lelaki ditemui berada di bahagian dapur.

“Soal siasat terhadap pasangan terbabit mendapati mereka bukan muhrim dan terus ditahan sebelum diserahkan kepada Jaim,” katanya. Beliau berkata, wanita terbabit yang juga warga Indonesia mempunyai lima cahaya mata yang kini berada di tempat asalnya. Rahimin berkata, wanita terbabit memberitahu dia tidak menemui suaminya yang berasal dari tempat asal sama yang kini berstatus penduduk tetap di negara ini. “Sejak pulang dari tempat asalnya untuk memperbaharui dokumen perjalanannya, wanita itu memberitahu dia tidak lagi menemui suaminya sejak awal bulan lalu. “Isteri kepada lelaki terbabit tidak tinggal di negeri ini dan dia juga masih belum mempunyai cahaya mata,” katanya.

Beliau berkata, pasangan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhrim. “Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sumber : Harian Metro
Cakap-cakap : Kesian terbantut..hehekk..ngn org endon pon jd..

Read MoreKucupan terbantut

Selamat menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1431


Mungkin tidak terlewat bagi aku mengucapkan kepada saudara dan saudari dan semua penyekodeng blog aku ni selamat menyambut maal hijrah iaini tahun baru islam 1431 hijrah. Mcm korang semua tau tema maal hijrah tahun ini ialah “Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah" . Tp korang tau ke peristiwa2 penting dlm bulan muharam?(cewaah ckp org)

Peristiwa-peristiwa penting dalam bulan Muharam:
  • 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
  • 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran
  • Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Cakap-cakap : ilmu yg baik dikongsi bersama

Read MoreSelamat menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1431

Parah Langgar Kerbau



KUALA TERENGGANU: “Saya tidak sangka jantung yang berdegup kencang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah menjadi petanda ada perkara buruk akan berlaku,” kata Azmi Mat, 24, yang nyaris terbunuh selepas motosikal dinaikinya merempuh seekor kerbau di Kampung Jerangau Sungai, Dungun, awal pagi kelmarin. Menurutnya, dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, dia bersama 14 rakan berkonvoi dari Kuala Lumpur ke rumah keluarganya di Kampung Apal, Besut.

Katanya, sebelum kejadian, hujan lebat dan dia bersama rakan berhenti di stesen minyak Dungun untuk berehat. “Ketika itu, saya berasa tidak sedap hati dan rakan lain yang melihat keadaan itu sempat menegur kerana bimbangkan keadaan saya yang terketar-ketar.

Anak keempat daripada lima beradik itu berkata, ketika meneruskan perjalanan dia ditinggalkan rakannya dan cuba mengejar, tetapi malangnya tindakan itu mengundang padah apabila merempuh seekor kerbau yang melintas secara tiba-tiba. “Kejadian berlaku begitu pantas, saya gagal mengelak dan sebaik melanggar haiwan terbabit, saya terperosok di bawah haiwan itu dan kaki tidak boleh bergerak.

“Saya bertambah panik apabila melihat tangan yang patah terbelah menyebabkan darah tidak berhenti mengalir. “Saya bernasib baik kerana rakan berpatah balik membantu saya dan tidak lama kemudian polis peronda tiba untuk menghulurkan bantuan,’’ katanya yang ditemui Harian Metro di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), semalam.

Sementara itu, kakak mangsa, Suriani Mat, 31, berkata ketika kemalangan, dia tidur di rumah sebelum menerima panggilan memaklumkan kejadian menimpa adiknya itu. “Saya dan adik lain bergegas ke tempat kejadian dan sebaik tiba kami pilu melihat kaki serta tangan kanan Azmi patah serta terbelah dan terpaksa menerima 12 jahitan,” katanya.

Cakap-cakap : Buang tebiat, kebau pon nk langgar, dah nasib


Read MoreParah Langgar Kerbau

Syabas Malaysia



K RAJAGOBAL adalah ‘raja’ Sukan Sea XXV. “Itu memang nama saya,” katanya berseloroh sebaik skuad bola sepak negara menamatkan penantian 20 tahun untuk memenangi pingat emas selepas menundukkan Vietnam 1-0 pada pertembungan final, malam tadi. Kemenangan itu terjelma menerusi jaringan gol sendiri pertahanan Vietnam, Mai Xuan Hop, pada minit ke-84 untuk jadi pemisah antara dua pasukan yang hampir sama daripada semua segi.

Lantas, apa maknanya pingat emas ini kepadanya? “Ia memberi banyak makna. Kegembiraan untuk negara saya. Saya juga fikir ia untuk survival bola sepak negara. “Ketika tiada seorangpun yang percaya, saya tetap percaya dengan diri saya, dengan kemampuan saya. Jika kita bekerja keras, pasti akan ada ganjarannya. Cuma saya mahu seluruh Malaysia bersabar, kerana ini adalah pasukan muda yang masih perlukan masa,” katanya.

“Walaupun Vietnam menjaringkan gol sendiri, tapi dalam bola sepak, ia dikira jaringan sah dan kita tetap menang,” katanya yang turut memuji semangat juang tinggi ditunjukkan pemainnya. Rajagobal juga mengharapkan kejayaan ini akan ‘menyenangkan’ laluan seterusnya. “Saya harap seluruh rakyat Malaysia akan membantu kami selepas ini. Bukan mudah untuk jadi juara kembali selepas 20 tahun. Ini sesuatu yang positif untuk negara.

Vietnam, yang menewaskan Malaysia di peringkat kumpulan, menampilkan persembahan bertenaga pada separuh masa pertama, tapi tidak gagal menukar dominasi itu ke gol, sebaliknya pasukan negara yang lebih unggul selepas rehat, menjaringkan gol enam minit sebelum tamat perlawanan.

Tertekan dengan asakan Norshahrul Idlan Talaha, Mai Xuan Hop tertampan bola ke dalam gol sendiri. Biarpun berusaha di samping sokongan padu penyokong fanatik mereka, usaha Vietnam untuk mencari gol penyamaan bagi baki beberapa minit, gagal menjadi kenyataan. Kekalahan itu turut melenyapkan impian jurulatih Vietnam, Henrique Calisto untuk menjadi jurulatih asing pertama menang emas sejak Sukan Sea 1993.

Sumber : Harian Metro
Cakap-cakap : Berkat tahun baru, bersyukur lah

Read MoreSyabas Malaysia

MOL Beli Frienster



Mungkin ramai sudah ketahui yang mana Friendster telah pun dimiliki oleh syarikat daripada Malaysia, MOL Global, dan ianya diura-urakan yang mana Friendster telah dimiliki pada harga lebih kurang $100 juta, namun sebenarnya, ianya dimiliki pada harga hanya 39.5 juta sahaja. Friendster yang bermula pada tahun 2002 digunakan secara meluas dalam perkongsian video, gambar serta pesanan sebelum populariti laman tersebut menerima saingan sengit daripada Facebook. Pengguna Friendster majoritinya berada di kawasan Asia. Berdasarkan perjanjian baru, Friendster yang berasal dari California akan menjadi milik sepenuh MOL Global yang merupakan firma berkait dengan MOL AccessPortal Bhd. (MOL), iaitu sebuah firma pembayaran dalam talian milik taikun Tan Sri Vincent Tan.

TechCrunch melaporkan, yang mana beberapa sumber-sumber boleh dipercayai mengatakan yang mana Friendster hanya dibeli pada harga $39.5 juta, dan hanya bernilai $26.4 juta selepas menolak beberapa kos sebanyak $13.1 juta. Amat mendukacitakan kerana sebelum ini, Friendster dikatakan bernilai antara $98 juta hingga $273 juta, dan ianya telah dijual pada harga kurang $40 juta sahaja.

Sebelum ini, pada tahun lepas, Friendster telah ditawarkan sebanyak $150 juta, tetapi telah ditolak oleh pihak Friendster, dan pada tahun 2003 mereka telah menolak tawaran Google yang bernilai sebanyak $30 juta. Buat masa ini, masih tiada angka rasmi daripada pihak Friendster dan juga MOL Global.

"Kombinasi entiti baru ini akan memberikan Friendster sokongan kewangan, rangkaian pengedaran serta infrastruktur e-Perdagangan yang akan menjadi pemangkin kepada strategi kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif Friendster, Richard Kimber. Dengan memiliki lebih 75 juta pengguna berdaftar, Friendster menyatakan 90 peratus aliran penggunaan harian adalah di kawasan Asia manakala MOL pula memiliki lebih 500,000 saluran fizikal dan maya di 75 buah negara untuk mengutip bayaran kandungan serta perkhidmatan.

Cakap-cakap : Ape kene r, time market tinggi x nk jual.. hahakk.

Read MoreMOL Beli Frienster

Beli RM2,000 jual RM20,000

15.12.09, KUALA LUMPUR: ‘Beli’ RM2,000, jual RM20,000. Keuntungan lumayan itu diperoleh seorang wanita dikenali sebagai ‘Aunty’ yang bijak menabur janji manis memujuk warga asing sedang mengandung anak luar nikah, kononnya mahu mencarikan keluarga untuk memelihara bayi bakal dilahirkan. Imbuhannya, wanita terbabit ditawarkan RM5,000 sebagai sagu hati, selain akan menjaga serta membawa mereka ke klinik bersalin swasta bagi menjalani pemeriksaan kesihatan sehingga melahirkan anak. Bagaimanapun, bayi terbabit dijual pada harga antara RM15,000 hingga RM20,000 kepada pasangan terdesak yang mengimpikan cahaya mata termasuk golongan profesional seperti pensyarah, pengurus syarikat dan pembantu akaun. Wanita terbabit pula hanya dibayar RM2,000 berbanding RM5,000 dijanjikan dengan alasan bayi yang mereka lahirkan perempuan serta tidak cantik. Kegiatan sindiket didalangi wanita berusia 50-an dan keluarganya itu bagaimanapun dihidu pihak berkuasa dan mereka tumpas dalam beberapa serbuan di sekitar Banting, Klang dan Kajang melalui Ops Kasih yang dilakukan minggu lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, taktik sindiket itu ialah dengan menawarkan perlindungan kepada wanita hamil luar nikah di kediaman mereka di Banting, Selangor. “Kebanyakan wanita warga asing terbabit dari Indonesia, Vietnam dan Filipina dan terjebak dengan masalah sosial. Mereka tidak mahu bayi yang dikandung dan sindiket ini akan menjaga serta membawa mereka ke klinik bersalin swasta bagi menjalani pemeriksaan kesihatan sehingga melahirkan anak. “Bayi yang dilahirkan akan diserah kepada keluarga angkat dengan bayaran RM15,000 hingga RM20,000, namun wanita terbabit hanya dibayar RM2,000 berbanding RM5,000 dijanjikan dengan alasan bayi itu perempuan serta tidak cantik,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, semalam. Serbuan berasingan pada 4 dan 11 Disember itu menahan 13 suspek, termasuk wanita terbabit yang disyaki dalang utama bersama lapan ahli keluarganya, seorang doktor serta empat pembeli terdiri daripada pensyarah, pengurus syarikat, pembantu akaun dan pekebun. “Polis menyelamatkan lima bayi berusia dua minggu hingga sembilan bulan serta seorang kanak-kanak tiga tahun yang dalam proses untuk dijual, selain dua wanita Indonesia yang hamil tujuh bulan. “Selain itu, polis turut merampas telefon bimbit, pelbagai dokumen seperti salinan kad pengenalan, sijil kelahiran bayi, MyKid, buku bank serta salinan slip kemasukan wang ke dalam bank,” katanya yang percaya sindiket itu aktif sejak lima tahun lalu. Menurut Mohd Bakri, semua yang ditahan berusia 30 hingga 50 tahun direman sehingga 18 Disember mengikut Seksyen 48(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Akta Antipemerdagangan Orang 2007. “Polis masih mengesan saki-baki anggota sindiket serta menjalankan siasatan terperinci termasuk pembabitan sebuah hospital swasta di Jalan Pasar dekat sini serta urusan dokumentasi kanak-kanak dan bayi terbabit. “Bayi serta kanak-kanak yang diselamatkan itu kini dijaga di pusat perlindungan kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) manakala dua wanita warga asing terbabit dihantar ke Jabatan Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah,” katanya.

Sumber : Harian Metro Online
Cakap-cakap : nk kaya?buat ank bnyk2..jual...hehe..

Read MoreBeli RM2,000 jual RM20,000

RM80 kepada RM300??

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengumumkan bermula 1 Januari 2010, mas kahwin untuk wanita di negeri Selangor dinaikkan kepada RM300 setelah diperkenan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, perkara ini merupakan salah satu usaha menaikkan martabat wanita pada masa kini. Nilai mas kahwin di Selangor pada masa ini ialah RM80 bagi perempuan yang belum berkahwin dan RM40 bagi yang berstatus janda. “Mulai 1 Januari 2010, JAIS menetapkan kadar minimum mas kahwin sebanyak RM300 bagi wanita yang belum berkahwin mahupun janda dan tidak ada lagi istilah wang hantaran kerana ia sudah termasuk dalam perkiraan mas kahwin,” katanya selepas melancarkan Kad Perakuan Nikah Negeri Selangor di Bangunan Sultan Idris Shah di sini pada Khamis. Beliau berkata kadar baru itu dikuatkuasakan setelah mengkaji beberapaperkembangan semasa termasuk menyeragamkan jumlah mas kahwin kepada wanita tanpa mengira status mereka seperti sebelum ini. Tambah Khusrin, perkara tersebut dilaksanakan bagi mengurangkan beban untuk mengadakan kenduri kahwin. Sementara itu, JAIS turut memperkenalkan Kad Perakuan Nikah Pintar (NCRkad) bagi menyelesaikan masalah pemalsuan surat perakuan nikah. Mengulas lanjut mengenai pelancaran NCRkad tersebut Khusrin berkata, kad tersebut dilengkapi dengan maklumat peribadi dan data pernikahan pasangan dan boleh digunakan di Terminal Mudah Alih (PDT). Menurutnya, kad ini dapat membantu mempercepatkan proses pengesahan oleh JAIS berhubung maklumat perkahwinan pasangan suami isteri. Katanya lagi, kini pasangan berkahwin hanya perlu membawa NCRkad ini kemana sahaja tanpa perlu menyertakan Surat Perakuan Nikah. "Kad nikah pintar bertujuan mengantikan kad nikah yang telah pun di laksanakan sebelum ini bagi menukarkan kad yang lama kepada kad yang baru lebih mempunyai ciri keselamatan bagi mengelakkan daripada peniruan, pemalsuan dan sebagainya,” ujarnya. Menurut Kushrin, cadangan ini juga telah dimaklumkan kepada jabatan agama Islam negeri-negeri seperti Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk penyelarasan sistem baru ini. Kad pintar ini turut dilengkapi dengan sistem sinar Ultraungu bagi mengelakkan kad ini dipalsukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sumber : mStar Online
Cakap-cakap : Parah jugak ni law dapat org selangor, so cari la org Johor or Pahang 22.50 aje..hehe..

Read MoreRM80 kepada RM300??

Kereta Terbang, 2 maut 1 parah



KOTA BHARU: “Saya macam tidak percaya apabila menyaksikan sebuah kereta tiba-tiba ‘terbang’ dari tingkat atas sebelum jatuh ke atas tangga bergerak di ruang legar kompleks,” kata Mohd Jawaidi Mohd Zain, 23.
Penolong Pengurus Kyros Kebab itu berkata, sebelum kejadian dia sibuk melayan pelanggan di premisnya di ruang legar berhadapan tangga bergerak berkenaan.
Katanya, tiba-tiba dia terdengar bunyi seperti bangunan runtuh sebelum terlihat sebuah kereta Ford Laser jatuh dari tingkat atas lalu menghempap tiga wanita di tempat kejadian.
“Saya dan pelanggan tergamam sebelum lari menyelamatkan diri,” katanya.
Kejadian kira-kira jam 5 petang itu berlaku apabila kereta di tingkat tiga parkir kereta pasar raya KB Mall di sini, hilang kawalan sebelum merempuh dinding dan terjunam ke bawah dari ketinggian lebih 18 meter lalu menghempap tiga penuntut Kolej Kejururawatan Masterskill cawangan bandar ini.
Kejadian itu menyebabkan dua daripada pelajar berkenaan iaitu Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, mati di tempat kejadian manakala Siti Nordiana Azman, 18, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Seorang lagi pelajar kolej itu, Rashidah Ahmad Lufti, 24, dan pemandu kereta itu, Nor Ain Said, 19, cedera parah.
Suasana mencemaskan itu menyebabkan aktiviti perniagaan lebih 40 premis di pasar raya terbabit terpaksa dihentikan bagi memberi laluan kepada lapan anggota bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim dan Kota Bharu melakukan tugas menyelamat.
Kejadian turut menyebabkan Jalan Hamzah berhampiran sesak teruk kira-kira dua jam apabila sekitar bangunan pasar raya itu dipenuhi hampir 2,000 orang awam yang mahu melihat keadaan itu.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata kejadian berlaku apabila kereta dipandu Nor Ain Said, 19, bersama adiknya, Nor Atikah, 17, hilang kawalan ketika ditolak seorang lelaki dikenali sebagai Sabri, 27, bagi menghidupkannya.
Menurutnya, kereta berkenaan tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh dinding lubang angin di tingkat tiga dan menghempap tiga penuntut kolej berkenaan.
“Siti Nor Amira dan Rashidah di temui di tangga bergerak, manakala Nordiana terpelanting ke bawah,” katanya.
Menurutnya, Nor Ain dihantar ke HRPZ II untuk rawatan lanjut, manakala Sabri dan Nor Atikah dipercayai melarikan diri dan gerakan mengesan mereka bagi membantu siasatan sedang dilakukan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber : Harian Metro
Cakap-cakap : Al-Fatihah

Read MoreKereta Terbang, 2 maut 1 parah

Tutorial Blog

2, 3 hari lepas aku selesai buat blog tutorial khusus untuk member2 dan non member2 yg mybe akan jadi member. Tutorial 2 x la complete sgt, baru ade seketul 2 je isi, sambil2 kongsi ilmu didada dan bukan mencari publisiti semata2(cewahhhhh)..hehe...so korang jom tgk2 blog tutorial aku.. Nk tgk cm ne? Klik je button yg berejaan TUTORIAL[new!!] tu haaa trus je automatik kua page di tab yang baru.... x pon taip je la url suffertutorial.blogspot.com trus je kua page ni



korang tgk2 la ye... law de pape pndapat, kritikan ke pape ke leh anta kat situ, chat box pon ade gak..hehe...

Read MoreTutorial Blog

Sedikit Kejayaan.


Yes!!!Akhirnya berjaya jugak aku siapkan blog aku ni. Walaupun dah macam ala kapal karam, tapi sedikit berbangga la sbb aku buat sendiri sampai x tido dan tambahan pulak aku ni baru berblogging(cewahh padehal blog lame lupe paswrd). Korang mesti pelik kan bila enter je url blog aku ni tibe2 kua banner besepah da mcm papan iklan..hehe.. Sebenanye aku ni baik ati ske pomote2 blog org lain..hehe.. Law korang ade banner 2 pas2 la kat aku, leh aku paste kat blog aku, free je.. Tp law nk bayar leh je, Dapat pahala lagi.. hahakk.. Jom kite preview sikit "kapal karam" aku ni...
  • mesti korang pelik kn nape logo nuffnang aku ni lain mcm..hehe..sbbnye aku edit sendiri la..
  • blog title pulak dimarqueekan bagi menambahkan kepeningan..
  • terdapat jgk perkataan HOME, TUTORIAL, GALLERY, MYSPACE, FRIENDSTER, TAGGED, TWITTER, NETLOG, FACEBOOK, LOGOUT dan bila diklik secara automatik teropenkan page tersebut di new window.
  • lepas tu kelihatan la gedget Supporter & Member Banner yang dah macam papan iklan tu.
  • di baris sebelah kiri pulak kelihatan lah bersepah gadget2 seperti "klik this" (ala2 nuffnang gitu), "about me"(serba sikit tntg aku), "blog banner coding"(banner aku pnye koding), "tool 4 visitor"(bende ni yg x de kat blog lain,try la.), "free mp3 download n band list"(sedikit maklumat band and law nk mp3?ym la aku), "poll"(marilah mengundi), "radio"(yg sentiasa gempak), "live trafic dan last sekali counter"(bukan
    counter ptnyaan).
  • dan di baris tgh pulak tdapat la gadget "followers"(pemollow yg ensem dan cun), pastu ade la beberapa blog dan dibawah sekali ade la bende yg btulis protect page, reserved dan best view.
  • kat baris kanan pulak ade gadget "penyekodeng yg thebat"(anda la 2), "public chatbox"(frenzyfm pnye chatbox aku sebat ala2 mempromote gitu), "private chatbox"(kononye private la), "pingbox dan ym status"(ni yahoo pnye network), "facebook badge"(mukabuku punye status, "myspace mood"(ms pnye mood,on9 pon ikt mood), "blog archive"(ala2 blog list la sng cite), dan last sekali "link exchange"(link2 blog korg yg exchange ngn aku,yg x exchange pon aku tlg pomotekn jgk[baik gile]..)
so sape2 yg ade problem yg remeh temeh pasal blog yg nk tanye kat aku tu sila2 la tanye, law aku x pat tolong t aku tnye org lain yg lebih pakar mcm cik intan dan cik ien tu...hehe..[sedap je aku main petik name org]...law korang nk banner awards dari aku jgn lupe follow blog aku k..tu je la yg dapat aku taip..lain kali aku taip lagi..pape pon thnx pada yg follow..kompen aku follow korang lek..aku x dapat beri pape..ni je yg dapat aku beri ...jimat2 la ye..jgn gado2..kongsi2 ye..hehehe...akhir kata..thnx view, thnx follow, jom chat dan majulah blogger utk negara...hehe...

Read MoreSedikit Kejayaan.