[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » Datuk Lee Chong Wei bersara 2012?

Datuk Lee Chong Wei bersara 2012?


http://s.bebo.com/app-image/8021163786/5411656627/PROFILE/i.quizzaz.com/img/q/u/08/05/11/Lee_Chong_Wei.jpg

LEE Chong Wei membayangkan akan bersara daripada badminton pada 2012 selepas meraih pingat emas Sukan Olimpik.Bagaimanapun dia berharap sebelum bersara, semua gelaran yang masih belum diraih pemain Malaysia mampu dirangkulnya. “Saya akan bersara selepas Sukan Olimpik 2012. Saya harap dapat pingat emas dan memenangi gelaran yang masih belum diraih pemain Malaysia seperti China Masters dan Olimpik,” kata Chong Wei selepas majlis tajaan syarikat pembekal telekomunikasi bergerak, Maxis Berhad untuk tempoh setahun bermula Januari hingga Disember ini. Setakat ini, Chong Wei masih belum mempunyai koleksi kejuaraan Seluruh England, Terbuka China dan China Masters, selain Olimpik dan Sukan Sea.

Chong Wei berkata, banyak pengorbanan yang perlu dilakukannya untuk mencapai semua gelaran itu. LEE Chong Wei membayangkan akan bersara daripada badminton pada 2012 selepas meraih pingat emas Sukan Olimpik. Bagaimanapun dia berharap sebelum bersara, semua gelaran yang masih belum diraih pemain Malaysia mampu dirangkulnya. “Saya akan bersara selepas Sukan Olimpik 2012. Saya harap dapat pingat emas dan memenangi gelaran yang masih belum diraih pemain Malaysia seperti China Masters dan Olimpik,” kata Chong Wei selepas majlis tajaan syarikat pembekal telekomunikasi bergerak, Maxis Berhad untuk tempoh setahun bermula Januari hingga Disember ini.


Setakat ini, Chong Wei masih belum mempunyai koleksi kejuaraan Seluruh England, Terbuka China dan China Masters, selain Olimpik dan Sukan Sea. Chong Wei berkata, banyak pengorbanan yang perlu dilakukannya untuk mencapai semua gelaran itu. “Untuk mencapai tahap itu, kesungguhan dan latihan saja tidak cukup jika seseorang atlit tidak berkorban dalam banyak perkara seperti keseronokan berhibur dan bercuti bersama rakan sebaya dan keluarga,” katanya. Dalam pada itu, dia menolak kemungkinan menjadi pemain profesional seperti dilakukan beberapa pemain ternama dunia biarpun mengakui tindakan itu mampu memberi lebih ruang untuknya melakukan banyak perkara yang tidak dapat dikecapinya sepanjang bergelar pemain ketika bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).


Sebelum ini beberapa pemain seperti Chen Hong dari China dan Taufik Hidayat (Indonesia) bergelar pemain profesional bagi meluangkan lebih masa bersama keluarga. “Saya mahu remaja kita tahu bahawa kejayaan yang saya kecapi ini bukan mudah diperoleh. Banyak pengorbanan yang saya lakukan dan begitu juga orang lain perlu laksanakan demi untuk berjaya. Tapi, saya selesa begini kerana sudah beroleh balasan atas pengorbanan itu,” kata Chong Wei yang yakin mampu mendapatkan semula keseronokan yang dikorban sebelum ini selepas bersara nanti. Sementara itu, pencapaian Chong Wei sebagai pemain nombor satu dunia dan kemampuan jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek memastikan pemain itu terus kekal di ranking teratas menjadi daya penarik kepada Maxis yang menyifatkan mereka berdua mempunyai budaya kerja tinggi, berdisiplin, berdaya tahan dan bijak dalam bidang mereka ceburi.


Sumber : Harian Metro

Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner

Jangan Lupa Tinggalkan Komen Pada Entri Ini | Like Us On Facebook

Klik Untuk Komen | Click Here To Comments