[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » Kena saman 75 kali

Kena saman 75 kali


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0131/Kosmo/Negara/ne_03.1.jpg

SUBANG JAYA – Tiga tahun telah berlalu tetapi kepada para pengusaha bas di USJ 12, Subang Jaya, isu kenderaan mereka disaman hampir setiap malam belum berakhir.

Dalam kes Sahathevan S. Alagarasamy, dia sudah lali berjalan ke depan rumahnya untuk mengutip surat saman yang diletakkan pada cermin depan dua buah bas sekolah miliknya pada pukul 10 malam.

Pengusaha bas yang lebih mesra dipanggil Saha itu mendakwa sudah disaman sebanyak 75 kali sejak 2005 termasuk 21 kes sepanjang bulan Januari ini. Memandangkan setiap saman tanpa diskaun yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) itu bernilai RM1,000, kos yang terpaksa ditanggung oleh Saha berjumlah RM75,000. Wang sebanyak itu cukup untuk dia membeli sebuah bas baru.

Sumber : Kosmo
Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner