[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » Pencuri Dikejar Lari Berbogel

Pencuri Dikejar Lari Berbogel


http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:SCFyq83QHtvogM:http://kisahsensasi.com/wp-content/uploads/2009/04/pencuri.jpg

JITRA: Akibat khayal dadah, seorang pencuri yang menceroboh sebuah rumah di Kampung Kubang Sepat di sini, tidak sedar dirinya dalam keadaan berbogel menyebabkan dia lari lintang-pukang ketika dikejar jiran rumah berkenaan, Jumaat lalu. Kejadian itu hanya disedari dua anak perempuan pemilik rumah itu berusia 10 hingga 12 tahun yang ternampak kelibat ‘lembaga’ itu lalu berlari mendapatkan kakak mereka berusia 15 tahun yang ketika itu berada di ruang tamu rumah berkenaan.

Beliau berkata, jeritan mangsa didengari bapa saudara mereka yang tinggal di belakang rumah dan kemudian cuba mengejar suspek. “Bagaimanapun, suspek cuba melarikan diri dalam keadaan bogel selepas menyedari dirinya dikejar. “Kami percaya suspek mungkin menyembunyikan pakaiannya di tempat lain dan kami masih menyiasat punca sebenar yang menyebabkan dia berada dalam keadaan bogel sama ada mungkin berkaitan ilmu hitam atau sebaliknya,” katanya di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, semalam. Sawaludin berkata, mangsa yang ditemani bapa saudara mereka kemudian membuat laporan di Balai Polis Air Hitam, di sini kira-kira jam 2.20 petang sejurus selepas kejadian.

Beliau berkata, anggota polis yang membuat rondaan kemudian berjaya mengesan dan menahan suspek ketika dia sedang merayau di sekitar pekan Kubang Sepat dan lengkap berpakaian. “Suspek dipercayai rakyat tempatan yang berasal dari kampung itu dan bekerja di sebuah bengkel besi di kawasan itu. “Berdasarkan siasatan, suspek dipercayai belum pernah terbabit dalam kegiatan jenayah sebelum ini,” katanya.

Sawaludin berkata, suspek dipercayai berada dalam pengaruh dadah dan hasil ujian saringan air kencing menunjukkan dia positif mengambil dadah jenis methapetamin. “Suspek kini direman empat hari untuk membantu siasatan,” katanya. Sementara itu, usaha Harian Metro untuk menemubual mangsa di rumahnya semalam gagal apabila mereka enggan memberi kerjasama disebabkan masih trauma dengan kejadian itu.

Sumber : Harian Metro
Cakap-cakap : Dasat pencuri 2 :P

Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner