BUTTERWORTH: Seorang pemandu bas ekspres memanfaatkan pengalaman memandunya selama lebih 30 tahun bagi mengelakkan kemalangan yang mungkin boleh meragut nyawa dekat Plaza Tol Sungai Dua di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, bas berkenaan dari Alor Star, Kedah dalam perjalanan menghantar penumpang ke Butterworth.
Pemandu bas itu, Yusof Abdul Rahman, 58, dikatakan cuba menekan brek bagi memperlahankan kenderaan kerana ketika itu ada sebuah kereta dan sebuah lori berbaris untuk membayar tol, bagaimanapun brek bas gagal berfungsi dan dia nekad merempuh pagar di kiri plaza tol sebelum merempuh laluan pejalan kaki berbumbung yang menghubungkan plaza tol serta dua kenderaan yang diletakkan di tepi pejabat PLUS.
Menurut Yusof, dia cuba menekan brek, tetapi tidak berfungsi menyebabkan dia tiada pilihan lain lalu merempuh pagar di kiri plaza tol bagi mengelak daripada melanggar kenderaan di depan yang sedang berbaris untuk membayar tol. “Jika saya merempuh kenderaan di depan, keadaan mungkin akan bertambah teruk,” katanya yang berpengalaman lebih 30 tahun memandu bas.
Sumber : Harian Metro

![18SX [+]](http://i.imgur.com/yXwB8.gif)