KUALA LUMPUR - Seorang budak lelaki berusia lapan tahun cedera parah apabila kaki kirinya tersepit hampir satu jam di tangga bergerak di pasar raya Centrepoint Bandar Utama di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, mangsa dikatakan sedang turun ke kawasan lobi di pasar raya itu sebelum dikejutkan dengan jeritannya yang tidak boleh bergerak selepas kakinya tersepit di tangga bergerak itu.
Kejadian itu menyebabkan pihak pengurusan pasar raya itu terpaksa mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengeluarkan kakinya. Budak lelaki yang mengalami kecederaan parah itu kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Pakar di Damansara untuk rawatan lanjut.
Sumber : Kosmo

![18SX [+]](http://i.imgur.com/yXwB8.gif)

takut bila dengar berita ni.. teringat kat bebudak kecik yang suka main2 bila naik eskalator tu.. memang menggerunkan aje..
tau x pe..bahaya