KUALA LUMPUR: Berang kerana ditegur teman serumah yang tidak berpuas hati selepas perbuatannya yang ‘berkurung’ hampir sejam dalam bilik air, seorang lelaki mengamuk sebelum membelasah mangsa menggunakan kayu di sebuah rumah kedai di Ampang, dekat sini, Sabtu lalu. Akibatnya, mangsa seorang wanita berusia 41 tahun terpaksa menerima lapan jahitan di kepala selain turut cedera di jari kelingking tangan kirinya.
Difahamkan, kejadian terbabit pada mulanya berlaku disebabkan mangsa tidak berpuas hati kerana dia terpaksa menunggu lelaki berkenaan yang ketika itu berada terlalu lama di bilik air. Menurut sumber, mangsa ketika itu mahu menggunakan bilik air terbabit dan dia memang sudah lama berang dengan tindakan lelaki berkenaan kerana sebelum ini lelaki itu turut beberapa kali pernah melakukan perkara sama.
“Sejurus keluar, wanita itu menegur lelaki terbabit dan melahirkan rasa tidak puas hatinya dengan tindakan lelaki itu yang memerap dalam bilik air terlalu lama. “Bagaimanapun, lelaki berkenaan hanya memandang wanita itu sebelum dia masuk ke biliknya,” katanya. Sumber berkata, rumah kedai yang disewa mereka mempunyai lima bilik dan hanya satu bilik air disediakan untuk kegunaan penghuninya.
“Isteri lelaki itu mula berang selepas mendengar cerita suaminya dan dia yang tidak berpuas hati kemudian menjerit sambil melaungkan nama mangsa. “Mangsa yang mendengar tohmahan isteri lelaki berkenaan kemudian turut berang sebelum berlaku pertengkaran antara mereka,” katanya. Bagaimanapun, katanya, pertengkaran tidak berakhir di situ kerana tidak lama selepas itu, mangsa yang berada di luar biliknya diserang lelaki terbabit dengan sebatang kayu.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan wanita terbabit dan berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut. “Ketika kejadian, suami mangsa turut berada di rumah terbabit namun tidak mampu berbuat apa-apa berikutan lelaki itu bersenjatakan kayu,” katanya.
Sumber : Harian Metro

![18SX [+]](http://i.imgur.com/yXwB8.gif)