
SHAH ALAM - Kes tuntutan ganti rugi hampir RM1 juta yang difailkan seorang pengarah syarikat terhadap bekas tunangnya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini selesai setelah kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan kes itu secara baik berdasarkan terma-terma yang dipersetujui. Peguam, Azmi Mohd Rais yang mewakili plaintif, Mohamad Fahizul Khairi, 54, memberitahu mahkamah terma-terma yang dipersetujui oleh anak guamnya dan defendan, Nor Daliya Mohd Daud, 35, termasuklah, anak guamnya bersetuju menerima RM600,000 sebagai penyelesaian keseluruhan terhadap tuntutan itu.
“Wang itu akan dibayar kepada Tetuan Zukifli Yong Azmi & Co sebagai pemegang wang pertaruhan dalam tempoh tujuh hari daripada tempoh pembeli hartanah sebuah rumah teres dua setengah tingkat di Bandar Utama, Petaling Jaya, dan atau peguam wang pertaruhan pembeli hartanah itu membayar baki jualan hartanah itu kepada defendan.
"Plaintif (Mohamad Fahizul) akan menarik balik apa-apa perintah tegahan mahupun kaveat terhadap hartanah itu dalam tempoh tiga hari selepas perintah meterai mahkamah diperolehi dan kedua-dua pihak, termasuklah wakil atau ejen masing-masing ditegah daripada menganggu antara satu sama lain dan keluarga serta rakan masing-masing selepas ini," katanya.
Azmi berkata, kedua-dua pihak juga berjanji tidak akan terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kes hadanah (penjagaan anak) di antara Nor Daliya dengan bekas suaminya dan mana-mana pihak yang ingkar daripada mematuhi perintah mahkamah boleh diambil tindakan menghina mahkamah.
Sumber : Bernama









Kejar babi tapi jumpa bom
Blog Politikus

woooooh! ;p
ReplyDelete