KUALA LUMPUR: Puncanya bermula dengan kata-mengata antara dua rakan sebelum merebak menjadi pergaduhan sehingga seorang daripadanya cedera akibat diketuk di kepala dengan walkie-talkie di sebuah pasar raya di Taman Permata Hulu Klang, dekat sini, Ahad lalu. Lebih malang, apabila mangsa yang berusia 23 tahun terpaksa menerima lima jahitan di kepalanya akibat pukulan terbabit sebelum mendapatkan rawatan di sebuah klinik.
Sekembalinya daripada klinik, mangsa terus ke tempat kerjanya itu, namun kali ini nasib tidak menyebelahinya apabila dia yang bekerja sebagai pengawal keselamatan diminta meletakkan jawatan oleh pegawainya. Menurut sumber, kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 2 petang dan mangsa ketika itu bersama seorang rakan setugas sedang berbual. “Bagaimanapun, perbualan itu mula bertukar pertengkaran apabila mereka saling mengata akibat tidak berpuas hati dengan kerja.
“Tidak cukup dengan pertengkaran, rakan mangsa tiba-tiba mengetuk kepalanya menggunakan walkie-talkie membuatkan mangsa terpaksa menahan kesakitan,” katanya. Menurutnya, pukulan mengejut rakannya itu membuatkan kepala mangsa berlumuran darah sebelum dia dibawa rakan lain menjalani rawatan di klinik dan dikenakan lima jahitan akibat kecederaan itu. “Mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit kerana tidak berpuas hati tindakan rakannya itu yang boleh dianggap melampau.
“Susulan itu, polis menahan rakan mangsa bagi membantu siasatan kes berkenaan sejurus selepas menerima laporan,” katanya. Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati antara dua rakan terbabit yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di pasar raya itu berhubung tugas mereka sebelum berlaku pertengkaran.
Sumber : Harian Metro
Cakap-cakap : ni mmg gile

Kejar babi tapi jumpa bom
Blog Politikus

hahahah, sengal punye guard
ReplyDelete