[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » Kejar babi tapi jumpa bom

Kejar babi tapi jumpa bom





PENDANG: Sekumpulan pemuda berbangsa Siam yang ghairah mengejar seekor babi hutan sesat ke kampung mereka di Kampung Wat, Paya Mat Inson, di sini, petang semalam, terkejut apabila menemui sebutir bom dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua. Penduduk, Boon Sis Densing, 40-an, berkata tertera perkataan MK-15 pada bom itu yang berkemungkinan nama letupan berkenaan yang ditemui kira-kira jam 2 petang semalam.

Menurutnya, bom itu dipercayai digugurkan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua tetapi tidak meletup.“Bagaimanapun, pihak berkuasa meminta penduduk tidak bertindak sebarangan apabila ada yang secara sukarela ingin membawa bom itu dengan motosikal ke balai polis kerana bimbang bom berkenaan masih hidup” katanya.

Difahamkan, Unit Pemusnah Bom dihubungi berhubung penemuan itu dan tindakan susulan, termasuk keputusan sama ada untuk meletup atau tindakan lain, akan diambil selepas unit berkenaan meneliti bom itu.

Sumber : Harian Metro

Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner

Jangan Lupa Tinggalkan Komen Pada Entri Ini | Like Us On Facebook

Klik Untuk Komen | Click Here To Comments