COMO (Itali): Seorang pembunuh yang cuba melupuskan kepala mangsanya dalam ketuhar piza, ditahan polis, semalam. Pemilik kedai senjata, Alberto Arrighi, 40, melepaskan dua tembakan ke belakang kepala Giacomo Brambilla, 39, kerana selepas pertengkaran membabitkan hutang RM539,283. Sumber berkata, Brambilla pergi ke kedai Arrighi untuk menuntut hutangnya tetapi berlaku pertengkaran.
Arrighi kemudian memancung Brambilla dan membawa kepala mangsa ke kedai piza milik iparnya di pinggir bandar Como dan meminta supaya ia dibakar. Dia kemudian memandu ke kawasan terpencil lebih 161 kilometer dari situ dan mencampak tubuh Brambilla ke dalam sungai sebelum kembali ke kedai membersihkan darah. Kekejaman bapa kepada dua anak itu terbongkar apabila teman wanita Brambilla, Elena Puricelli, muncul di kedai terbabit dan mengesyaki sesuatu apabila terhidu bau cecair peluntur.
Elena segera memaklumkan polis dan beberapa minit kemudian, pihak berkuasa menahannya selepas mengesan ada darah di lantai kedai. Arrighi akhirnya mengaku melakukan pembunuhan itu, manakala kepala mangsa yang rentung ditemui di kedai piza terbabit.
Sumber : Harian Metro

![18SX [+]](http://i.imgur.com/yXwB8.gif)

1st time dgar n bace berita mcm ni
mmh gile
1st time dgar n bace berita mcm ni
mmh gile
euwww. jahat!