[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » Keputusan STPM diumum Khamis

Keputusan STPM diumum Khamis





KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 akan diumumkan pada 25 Februari ini. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan semalam berkata, calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui SMS dengan menaip STPM dan hantar ke 36363, atau menaip STPM Result dan hantar ke 15888. Menurut MPM, keputusan juga boleh diperoleh dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari pada tarikh sama.

Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan jam 11.30 pagi pada tarikh sama di pejabat MPM, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor. Tahun lalu, 52,348 calon menduduki peperiksaan STPM. Daripada jumlah itu, 47,260 orang atau 90.28 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 1,747 (3.34 peratus) calon sekolah swasta dan 3,241 (6.38 peratus) calon persendirian.

Sumber : Berita Harian
Cakap - cakap : Kpd member2 yg amek result STPM hope result korang gempak2.
Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner

Jangan Lupa Tinggalkan Komen Pada Entri Ini | Like Us On Facebook

Klik Untuk Komen | Click Here To Comments