[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » Maut disengat lebah

Maut disengat lebah





TANAH MERAH: “Saya tidak tahu kenapa arwah beria-ia sangat untuk mencari madu lebah selepas solat Jumaat. “Ketika menemaninya mencari madu lebah, arwah begitu bersemangat walaupun gagal mendapatkan madu dari dua sarang sehinggalah dia disengat apabila sampai di sarang ketiga,” kata Roslan Ismail, 63, rakan kepada Zahari Mat Zin, 42, yang maut selepas disengat lebah ketika mencari madu di Kampung Gelang Gajah, petang Jumaat lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa, Zahari ditemani Roslan untuk mencari madu lebah sebagai pendapatan sampingan selain menoreh getah.

Menurutnya, dia mula risau apabila melihat arwah tidak mendapatkan madu lebah walaupun sudah mencari di dua sarang. “Sebaik sampai di sarang ketiga, saya terdengar dia meminta tolong dan memberitahu terasa sakit. “Saya bergegas ke sebuah rumah berhampiran meminta bantuan kerana arwah kelihatan tenat ketika itu. “Namun, tidak sangka ia kali terakhir kami mencari madu lebah bersama-sama apabila arwah meninggal dunia ketika ambulans tiba di tempat kejadian,” katanya. Adik mangsa, Osman Mat Zin, 39, berkata dia terkilan dengan kehilangan arwah yang sering membantunya sebelum ini.

Dia berkata, arwah seorang yang tidak banyak bercakap tetapi mudah memberikan pertolongan apabila dia menghadapi masalah. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. Katanya, mangsa meninggal di tempat kejadian selepas disengat lebah.

Sumber : Harian Metro
Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner