IPOH - Seorang murid Tahun Lima yang menunggang basikal untuk ke sekolah pagi ini, maut apabila dirempuh sebuah bas sekolah di kawasan taman perumahan Bercham di sini. Lim Jian Wei, 11, murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Bercham cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian.
Mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat. Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata, kejadian berlaku ketika kanak-kanak terbabit yang berasal dari Taman Pakatan Bercham menunggang basikal untuk ke sekolah pada pukul 6.55 pagi.
Menurutnya, kejadian dilapor berlaku ketika bas itu membelok ke kiri jalan dan tanpa disedari merempuh murid terbabit yang berhenti di simpang jalan menyebabkan kanak-kanak itu terjatuh dan di gilis tayar belakang bas. “Kejadian berlaku ketika bas yang membawa pelajar dari Taman Bercham dalam perjalanan ke sebuah sekolah di sini, katanya ketika dihubungi, di sini.
Sumber : Bernama

![18SX [+]](http://i.imgur.com/yXwB8.gif)

1 comments:
kasihan itu budak