KUALA LUMPUR: Puspakom Sdn Bhd akan menawarkan pemeriksaan kenderaan persendirian secara percuma di seluruh negara bermula 8 Februari sehingga 13 Februari 2010. Dalam satu kenyataan hari ini, Puspakom berkata, promosi itu yang diadakan sempena perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, akan membabitkan lapan peringkat pemeriksaan percuma.
Lapan peringkat itu merangkumi pengesahan identiti kenderaan, pemeriksaan bahagian atas dan bawah kenderaan, ujian pengeluaran asap, brek, suspensi, gelincir sisi serta meter laju. Sebarang pertanyaan berkenaan promosi berkenaan dan cawangan yang terbabit, boleh menghubungi talian bebas tol Puspakom di talian 1-800-88-6927.
Sumber : Harian Metro

![18SX [+]](http://i.imgur.com/yXwB8.gif)