[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » Rempit guna motor bapa

Rempit guna motor bapa


http://www.hmetro.com.my/articles/Rempitgunamotorbapa/pix_middle

KUALA TERENGGANU: Dua remaja yang masih di bangku sekolah bukan saja mempertaruhkan nyawa melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal, malah sanggup menipu ibu bapa sendiri dengan meminta wang kononnya untuk menjalani latihan badminton. Bagaimanapun, penipuan itu terbongkar selepas dua pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Marang itu ditahan ketika melakukan aksi berkenaan. Mereka bukan saja membahayakan diri, malah memperlekehkan anggota polis ketika melarikan diri menggunakan motosikal bapa seorang daripada remaja terbabit yang diubah suai serta tidak mempunyai nombor pendaftaran.

Remaja terbabit yang ditahan itu ketika disoal siasat memberitahu terpaksa berbuat demikian bagi memenuhi desakan rakan sebaya supaya berlumba haram selain membohongi ibu bapanya dengan alasan ingin menjalani latihan badminton untuk memperoleh wang setiap kali keluar rumah. Pegawai Turus Trafik Terengganu, Asisten Superintendan Ismail Man, berkata mereka ditahan jam 6 petang kelmarin di Jalan Taman Sapiah Murni menerusi Ops Cantas Samseng Jalanan.

Ismail berkata, mereka yang tidak memakai topi keledar dan menunggang motosikal diubah suai itu turut mengingkari lampu isyarat sebelum dikejar sejauh lima kilometer. “Ketika dikejar anggota kami, mereka turut mengejek dan mentertawakan polis. Bagaimanapun, motosikal dinaiki dua remaja terbabit gagal dikawal lalu terbabas ke dalam semak di Jalan Kampung Kekabu dan ditahan,” katanya.

Sumber : Harian Metro
Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner