[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » Sekumpulan lelaki gaduh berebut gelang

Sekumpulan lelaki gaduh berebut gelang





KUANTAN: Polis menahan dua lelaki dan sedang memburu lapan orang lagi yang disyaki terbabit dalam satu pergaduhan di atas jejantas berhadapan dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt Haris Daud berkata kesemua mereka yang berumur antara 18 dan 22 tahun itu dipercayai mabuk ketika terbabit dalam pergaduhan pada kira-kira pukul 12.30 malam itu. Beliau berkata pergaduhan itu dikatakan berpunca daripada perebutan seutas gelang tangan perak yang disyaki ditemui mereka di Taman Esplanade.

"Mereka berkejaran di Taman Esplanade di sini sebelum berlaku tumbuk-menumbuk, dan pergaduhan melibatkan senjata pisau di antara mereka kemudiannya berlarutan sehingga ke jejantas berhampiran," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Katanya berdasarkan maklumat orang awam, polis memberkas dua lelaki berumur 20 tahun yang dipercayai terlibat dengan kejadian itu semasa mereka sedang mendapatkan rawatan di HTAA sebagai pesakit luar.


Sumber : Harian Metro

Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner

Jangan Lupa Tinggalkan Komen Pada Entri Ini | Like Us On Facebook

Klik Untuk Komen | Click Here To Comments