[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » Sembunyi dadah dalam coli

Sembunyi dadah dalam coli


KUALA LUMPUR: Bermodalkan seluar dalam dan coli bersaiz besar untuk menyorok dadah, sindiket pengedaran dadah didalangi warga Indonesia dikesan berlumba-lumba cuba menyeludup dadah sintetik terutama Ecstasy dan syabu ke negara berkenaan dengan taktik popular itu. Dalam kes terbaru semalam, seorang lelaki warga Indonesia berusia 32 tahun ditahan pihak berkuasa negara berkenaan sejurus tiba di terminal feri Pelabuhan Dumai, Indonesia.

Lelaki itu didapati menimbulkan rasa curiga pihak berkuasa apabila berjalan dengan gaya pelik. Berikutan itu, suspek ditahan sebelum pemeriksaan pada tubuhnya menemui ribuan bilik pil Ecstasy dan puluhan bungkus dadah syabu yang cuba disembunyikan di dalam seluar dalam dipakainya. Ketika disoal siasat, suspek mengaku mengambil upah sebagai budak penghantar dadah dengan diberi ganjaran sebanyak RM2,000.

Suspek yang bernama Susanto diserahkan kepada polis bersama barang bukti iaitu 2,500 biji pil Ecstasy dan 40 peket dadah syabu. Kes terbaru itu kian membimbangkan pihak berkuasa negara berkenaan berikutan peningkatan jumlah pengedar dadah yang dikesan cuba menyeludup masuk dadah dari negara ini menggunakan jalan laut.

Suspek berusia 32 tahun dikesan menyembunyikan semua pil Ecstasy jenis ‘butterfly’ berkenaan di dalam seluar dalam serta coli yang sudah diubah suai terlebih dahulu. Siasatan mendapati suspek turut menyembunyikan 107 gram ketamin yang disimpan pada bahagian khas yang dijahit pada seluar dalam. Difahamkan, suspek yang berasal dari Pekan Baru dikatakan mengadu sakit perut ketika diperiksa pihak berkuasa di pintu masuk terminal sebelum dihantar ke tandas.

Namun suspek kemudian bertindak cuba melarikan diri ke arah kereta yang terletak tidak jauh dari terminal feri itu sebelum dikejar dan diberkas pihak berkuasa. Suspek yang mendakwa diupah pihak sindiket turut dijanjikan ganjaran sebanyak RM12,000 sekiranya berjaya menyeludup masuk dadah berkenaan.

Sumber : Harian Metro
Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner