[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » Siswi bising ketika seks

Siswi bising ketika seks





UNIVERSITI CAMBRIDGE: Ramai pelajar perempuan Kolej Newnham, Universiti Cambridge berasa malu selepas menerima e-mel meminta mereka supaya tidak membuat bising pada lewat malam. Meskipun bunyi bising itu tidak didedahkan dengan nyata, ramai daripada 400 pelajar kolej wanita itu menganggap teguran itu berpunca daripada suara mereka yang kuat ketika melakukan hubungan seks.

E-mel dikirim Presiden kolej, Lizzy Cole selepas menerima 30 aduan terhadap bunyi bising pada lewat malam turut meminta pelajar lebih berhati-hati melakukan aktiviti dan mengingatkan dinding bilik mereka tipis dan laluan asrama pula memantulkan gema. Beberapa graduan terkejut apabila memikirkan jiran mendengar suara mereka ketika melakukan seks.

“Apabila membaca e-mel itu, saya berasa malu, merasakan ia merujuk kepada saya,” kata seorang pelajar tahun dua. Seorang lagi pelajar berkata “Muka saya merah padam menahan malu apabila membaca e-mel itu. “Hakikatnya, saya cuba melakukannya dengan senyap tapi sering terlupa suara yang meninggi sedikit sahaja boleh didengar pelajar lain kerana dinding kolej ini terlalu tipis,” katanya. Lizzy, 19, berkata, pelajar salah sangka dengan mesej yang cuba disampaikannya.

“Aduan saya terima bulan lalu kerana bunyi bising seperti suara jeritan dan muzik yang dimainkan terlalu kuat pada lewat malam yang berlaku di kolej, bukan seperti yang mereka sangkakan. “Namun, penghuni Newnham dilabel agak liar dan ia sebenarnya tidak adil kerana senario seperti itu berlaku di semua asrama perempuan. “Kami bukan jalang tapi hanya wanita yang menjalani hidup normal,” katanya.

Sumber : Harian Metro
Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner

Jangan Lupa Tinggalkan Komen Pada Entri Ini | Like Us On Facebook

Klik Untuk Komen | Click Here To Comments