[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » Tedung 4.2 m dan seberat 20 kg ditangkap

Tedung 4.2 m dan seberat 20 kg ditangkap


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/mutakhirPix/ular.jpg

KUANTAN - Penangkap ular, Fauzi Syarwani Seman, 27, (kanan) dibantu rakannya menunjukkan seekor ular tedung selar yang berjaya ditangkap selepas memasuki sebuah rumah penduduk di kampung Padang Lalang, Jaya Gading dekat Kuantan.

Fauzi mengambil masa hanya lima minit untuk 'menumpaskan' ular berbisa sepanjang 4.2 meter dan seberat 20 kilogram itu. Kemahiran yang dimilikinya itu berjaya menyelamatkan nyawa seorang ibu, Hanifah Hamzah, 44 bersama dua anak lelakinya berusia 11 dan 18 tahun.

Menurut Fauzi, tiga beranak itu bernasib baik meskipun dipercayai telah bermalam terlebih dahulu dengan haiwan berbisa itu yang didakwa telah menyelinap masuk pada hari sebelumnya.

Sumber : Berita Harian
Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner