[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » Ahli keluarga ketua mafia derma RM6.2 juta

Ahli keluarga ketua mafia derma RM6.2 juta


TAIPEI - Ahli keluarga mendiang ketua mafia Taiwan, Lee Chao-hsiung, yang meninggal dunia kerana kanser paru-paru pada 11 Mac lalu mendermakan AS$1.9 juta (RM6.2 juta) kepada badan-badan kebajikan bagi memenuhi wasiat terakhirnya, kata pihak berkuasa semalam. Chao-hsiung meninggal dunia semasa berumur 73 tahun dan pengebumiannya akan diadakan pada lewat bulan depan dengan lebih 20,000 orang dijangka menghadirinya.

Dia terkenal kerana banyak membantu rundingan bagi membebaskan sejumlah mangsa culik yang terdiri daripada ahli politik dan perniagaan termasuk Speaker Majlis Perbandaran Thaichung, Chang Hung-nien, lapor sebuah akhbar.

Menurut satu kenyataan majlis perbandaran itu, anak ketua mafia itu menderma wang tersebut dengan menggunakan nama bapanya kepada golongan kurang upaya dan tidak berkemampuan termasuk empat buah pertubuhan kebajikan.


Sumber : Kosmo
Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner

Jangan Lupa Tinggalkan Komen Pada Entri Ini | Like Us On Facebook

Klik Untuk Komen | Click Here To Comments