[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » Budak hilang otak kanan

Budak hilang otak kanan

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar



JAMESTOWN, Amerika Syarikat (AS) - Seorang budak perempuan di sini, Carolina Utara, sembuh setelah kehilangan separuh otaknya dalam satu pembedahan sekali gus dianggap satu keajaiban oleh doktor dan keluarganya, lapor sebuah akhbar semalam.

Budak tersebut, Cameron Mott berumur sembilan tahun menghidap penyakit ganjil, sindrom Rasmussen apabila otak kanannya 'dimakan' kuman semasa berusia tiga tahun dan terpaksa dibedah untuk menyelamatkan nyawanya. Kanak-kanak itu menjalani pembedahan membuang otak kanannya pada 2008 dan doktor-doktor memberitahu dia akan lumpuh kerana sebelah kiri tubuhnya yang dikawal organ itu tidak akan berfungsi.

Namun, Cameron yang bercita-cita menjadi seorang penari balet, dibenarkan pulang selepas hanya empat minggu dia dibedah. Dia menamatkan rawatan fisioterapi baru-baru ini dan kini boleh berlari dan bermain seperti kanak-kanak normal tetapi mengalami rabun penglihatan tidak serius.

Sumber : Kosmo
Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner

Jangan Lupa Tinggalkan Komen Pada Entri Ini | Like Us On Facebook

Klik Untuk Komen | Click Here To Comments