[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » Gunung berapi meletus dekat glasier di Iceland

Gunung berapi meletus dekat glasier di Iceland

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar



REYKJAVIK, Iceland - Sebuah gunung berapi meletus dengan mengeluarkan lahar berhampiran kawasan glasier di selatan Iceland menyebabkan 450 penduduk dipindahkan semalam. Tiada kecederaan atau kemusnahan dilaporkan di sekitar gunung berapi Eyjafjallajokull yang meletus itu namun darurat diisytiharkan kerana para saintis gusar ia mungkin boleh mengakibatkan letusan lebih kuat di gunung berapi Katla.

Pihak berkuasa bimbang letusan yang berlaku 160 kilometer persegi dari glasier Eyjafjallajokull boleh mengakibatkan banjir jika ais di kawasan sekitarnya cair. Namun kajian yang dilakukan semalam menunjukkan letusan berlaku di kawasan yang tidak mempunyai ais.

Pihak Pengurusan Penerbangan Awam Iceland telah mengarahkan kapal terbang untuk berada 120 batu nautika dari kawasan gunung berapi ekoran masalah penglihatan. Semua penerbangan domestik telah dibatalkan. Tiada letusan dicatatkan di sekitar glasier Eyjafjallajokull sejak tahun 1821.

Sumber : Kosmo
Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner

Jangan Lupa Tinggalkan Komen Pada Entri Ini | Like Us On Facebook

Klik Untuk Komen | Click Here To Comments