[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » Tiga UFO di langit Sydney

Tiga UFO di langit Sydney

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar



SYDNEY - Seorang wanita, Fiona Hartigan merakamkan gambar yang dipercayai beberapa objek terbang tidak dikenali (UFO), lapor sebuah akhbar semalam. Objek berbentuk piring itu muncul di sebalik awan dan menjunam rendah di sebatang jalan raya yang sibuk di sini sebelum memecut ke ufuk barat.

Menurut wanita itu, dia baru sahaja keluar dari keretanya pada petang Ahad lepas untuk merakamkan gambar matahari terbenam apabila kejadian aneh itu berlaku. "Semasa saya hendak merakamkan gambar, objek hitam ini (UFO) muncul dan mula bergerak pada jarak kira-kira 800 meter tetapi ia semakin dekat," katanya.

"Setelah berada pada jarak kira-kira 400 meter, dua lagi piring terbang kecil muncul di langit tanpa mengeluarkan bunyi," tambah wanita itu. Menurutnya, UFO besar itu kemudian memecut ke satu arah manakala dua UFO kecil hilang daripada penglihatan.

Sumber : Kosmo
Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner

Jangan Lupa Tinggalkan Komen Pada Entri Ini | Like Us On Facebook

Klik Untuk Komen | Click Here To Comments