[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » 'Lelaki getah' dari India buru kekayaan

'Lelaki getah' dari India buru kekayaan




MUMBAI - 'Lelaki getah' dari India, Vijay Sharma kini mencari kemasyhuran di seluruh dunia dan memburu kekayaan dengan menggunakan bakatnya, lapor sebuah akhbar semalam. "Semasa membuat latihan seni mempertahankan diri, saya mula menyedari bahawa tubuh saya sangat mudah dilipat.

Sharma berkata, dia memulakan latihan selepas obses terhadap filem lakonan Jackie Chan sewaktu kecil. Kehebatan Sharma ialah dia menyelitkan kaki dan tangannya di ruang sempit, memasukkan tubuh ke dalam kotak dan belajar minum dengan menggunakan botol yang dipegang menggunakan ibu jari kakinya.

Lelaki yang berasal dari Jhunjhunu, Rajasthan, India itu berlatih selama empat jam pada setiap hari. Sharma mendapat idea untuk melipatkan tubuhnya selepas dia menonton aksi seorang lelaki yang meloloskan diri daripada bingkai raket tenis dalam program Guinness Books of World Records. Dia membuat persembahan pada program televisyen dan menyertai pertandingan mencari bakat di peringkat kebangsaan.

Sumber : Kosmo
Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner