[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » Lelaki terpendek dunia meninggal dunia

Lelaki terpendek dunia meninggal dunia




LONDON - Lelaki paling pendek di dunia, He Pingping yang setinggi 75 sentimeter telah meninggal dunia di Rom, Itali pada Sabtu lalu kerana komplikasi jantung, kata Guinness World Records kelmarin. Pingping yang berasal dari China dan kerdil sejak kecil akibat penyakit tumbesar terbantut itu berada di Rom untuk mengambil bahagian dalam satu rancangan televisyen, The Record Show.

Dia kemudiannya dihantar ke sebuah hospital pada 3 Mac lalu selepas mengadu sakit dada. Doktor di hospital itu mendapati dia mengalami masalah jantung dan kolesterol tinggi. Ketua Pengarang Guinness World Records, Craig Glenday pernah mengukur ketinggian Pingping di pedalaman Mongolia pada 2008. "Sejak kali pertama saya melihatnya, saya tahu dia ialah seorang yang istimewa. "Dia menceriakan hidup setiap orang yang ditemuinya selain menjadi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang dianggap pelik atau luar biasa," tambah Glenday.

Pihak Guinness World Records menyatakan pengganti Pingping akan diumumkan. Sebelum ini, remaja Nepal, Khagendra Thapa Magar berusia 18 tahun mempunyai ketinggian 51 sentimeter mendakwa pada Februari lalu bahawa dia ialah orang yang paling layak untuk memegang gelaran lelaki terpendek dunia.

Sumber : Kosmo
Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner

Jangan Lupa Tinggalkan Komen Pada Entri Ini | Like Us On Facebook

Klik Untuk Komen | Click Here To Comments