[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » Mati dirempuh semasa beratur minta kerja

Mati dirempuh semasa beratur minta kerja




MUMBAI - Gara-gara mahu memohon pekerjaan menjadi anggota polis, seorang mangsa meninggal dunia dan 10 orang lagi cedera apabila 30,000 berasak-asak di sebuah kem latihan polis di Kalina Mumbai, India semalam.

Kejadian yang berlaku pada waktu pagi itu disebabkan mereka bersesak-sesak untuk menghantar borang permohonan kerja. "Ada segelintir yang mahu memotong barisan dan jatuh. "Akibatnya, seorang mati dan 10 orang lagi cedera ringan," jelas seorang pegawai polis, Amitabh Gupta dari pasukan polis Mumbai.

Gupta memberitahu, ribuan pemohon telah berkumpul di luar kem yang juga merupakan pangkalan serantau bagi pasukan tentera komando mencegah antikeganasan.

Sumber : Kosmo
Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner