[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » Pelajar temui fosil dinosaur ganas

Pelajar temui fosil dinosaur ganas

klik pada gambar untuk view yang lebih besar



LONDON - Seorang pelajar ijazah kedoktoran, Michael Pittman telah menemui fosil dinosaur terbaru yang diberi nama Linheraptor, lapor sebuah akhbar semalam. Dia dan rakannya, Jonah Choiniere dari Universiti George Washington Amerika Syarikat (AS) membuat penemuan itu di wilayah Inner Mongolia, China.

Dinosaur berkuku tajam seperti sabit itu hidup sekitar 75 juta tahun lalu dengan memakan haiwan kecil termasuk burung. Ia mempunyai berat kira-kira 25 kilogram dan panjang 2.4 meter. Bentuk Linheraptor menyerupai Velociraptor iaitu dinosaur kecil tetapi amat ganas seperti yang dipaparkan dalam filem Jurassic Park.

Penemuan itu diberikan gambaran terperinci dalam jurnal Zootaxa semalam. Menurut pakar paleontologi, Profesor Xu Xing di Beijing, fosil yang ditemui itu amat cantik dan ia mendokumentasikan satu peralihan evolusi.

Sumber : Kosmo
Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner

Jangan Lupa Tinggalkan Komen Pada Entri Ini | Like Us On Facebook

Klik Untuk Komen | Click Here To Comments