JAKARTA - Indonesia semalam sekali lagi digemparkan dengan kisah seorang lelaki tempatan yang cuma dikenali sebagai Baekuni setelah dia mengaku meliwat dan membunuh 14 budak lelaki sejak 15 tahun lalu. Kes tersebut mengulangi kekejaman Robot Gedek yang meliwat dan membunuh 12 budak lelaki di Jakarta pada 1990-an.
Robot bagaimanapun meninggal dunia pada 2007 akibat serangan jantung sebelum sempat menjalani hukuman mati. Baekuni, 49, dilaporkan mesra di kalangan kanak-kanak miskin dengan panggilan Babe yang bererti bapa. Dia dikatakan seorang yang baik hati dan sering membawa mangsa pulang ke rumah sewanya untuk tinggal secara sementara. Suspek ditahan pada Januari lalu ekoran penemuan anggota badan seorang mangsa, Ardiansyah, 9, di dalam beg plastik di tepi sebatang sungai berdekatan kediaman Baekuni.
Suspek yang menjalankan perniagaan makanan ringan dan rokok dipercayai memujuk mangsa bermalam di rumahnya sebelum meliwat dan membunuh mereka. Selepas itu, mayat mangsa dimasukkan ke dalam beg plastik hitam dan dibuang.
Sumber : Kosmo

![18SX [+]](http://i.imgur.com/yXwB8.gif)

wah.dasatnya..
dunia skunk dh makin porak peranda..huu
takot je kat luar tu..
tau x pe,kite kne sentiase bhati2 :P
ramai2 wanita untuk dikahwini, liwat jugak yg dipilih
@maro rozalez
tu la pasal, menakutkan tol la org tua ni