[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » Penunjuk perasaan sanggup simen tangan

Penunjuk perasaan sanggup simen tangan




BRISTOL, England - Penduduk Bristol kini mempunyai cara yang lebih kreatif semasa melakukan tunjuk perasaan iaitu dengan meletakkan tangan di dalam simen, melekatkan diri di dinding dengan menggunakan gam dan duduk di atas bumbung bangunan, lapor sebuah akhbar semalam.

Semua aksi itu dilakukan oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang membantah pembinaan sebuah pasar raya Tesco di sini. Dalam tunjuk perasaan itu, dua orang menyimen tangan mereka menyebabkan anggota-anggota keselamatan terpaksa menggunakan tukul serta cangkul untuk memecahkannya. Penganjur protes, Claire Milne yang berusia 33 tahun dan tinggal di Stokes Croft menyatakan beliau menerima 2,000 poskad yang menyokong kempen anti-Tesco.

"Kawasan ini memiliki ciri-ciri yang unik dan dipenuhi dengan kedai-kedai persendirian. Kami tidak mahu pasar raya menjual makanan yang tidak sihat." tambahnya. Namun jurucakap Tesco memberitahu: "Pasar raya kami akan menyediakan kira-kira 20 pekerjaan baru dan kemudahan beli-belah buat penduduk tempatan."

Sumber : Kosmo
Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner

Jangan Lupa Tinggalkan Komen Pada Entri Ini | Like Us On Facebook

Klik Untuk Komen | Click Here To Comments