KABUL - Seorang wanita Afghanistan, Bibi Aisha nyaris maut selepas hidung dan telinganya dipotong oleh suami sendiri kerana dia didakwa memalukan keluarga mentuanya. Mangsa berusia 19 tahun itu mendakwa keluarga mentuanya malu berikutan dia melarikan diri daripada rumah suaminya dengan bantuan dua jiran perempuan.
Dakwa Bibi, dia bertindak melarikan diri kerana tidak dapat bertahan dengan layanan buruk keluarga suaminya. Misi Bibi melarikan diri ke Pakistan gagal setelah dia dan dua rakannya ditangkap pihak berkuasa. Dia kemudian dibawa balik oleh keluarga mentuanya sebelum dijatuhi hukuman potong kedua-dua telinga dan hidung mengikut adat tradisi kaum Pashtun. Selepas menjalani hukuman, Bibi ditinggalkan di tempat terbuka di wilayah Oruzgan yang dikuasai Taliban.
Wanita itu diselamatkan oleh sekumpulan petugas kontraktor firma Amerika Syarikat. "Saya pengsan semsa hidung dan telinga dipotong. Sejurus sedar saya berasa ada air dingin yang mengalir di hidung dan apabila membuka mata, saya tidak sanggup melihatnya kerana darah berada di mana-mana," kata Bibi.
Sumber :Kosmo

![18SX [+]](http://i.imgur.com/yXwB8.gif)

xdpat kelik pon photto tuu
ok dah boleh klik,
ok. seram. and tak nak pun klik gambar tu. @_@