LAJAMANU, Australia - Seramai 650 penduduk di sebuah kawasan pedalaman Australia, Lajamanu seolah-olah tidak dapat berkata-kata apabila beratus-ratus ekor ikan jenis spangled perch gugur dari langit, lapor sebuah akhbar semalam.
Kejadian itu mengejutkan salah seorang penduduk tempatan, Christine Balmer yang sedang berjalan pulang ke rumahnya apabila hujan ikan itu berlaku baru-baru ini. "Beratus-ratus ekor ikan jatuh di merata-rata tempat. Penduduk berlari ke sana sini untuk mengutipnya. Semua ikan masih hidup semasa jatuh ke tanah. "Justeru, ia semestinya masih hidup sewaktu 'terbang' di udara.
Apabila saya memberitahu keluarga yang tinggal di tempat lain di Australia, mereka kata saya merepek. "Sedangkan saya tidak. Apa yang boleh saya perkatakan ialah saya bersyukur tidak dihujani dengan buaya!," kata Balmer. Seorang ahli meteorologi menyatakan insiden itu mungkin disebabkan oleh puting beliung.
Sumber : Kosmo

![18SX [+]](http://i.imgur.com/yXwB8.gif)

Salam.. sangat menarik!
Ikan terbang kot..haha
weh..seyez ke ni????
mungkin jatuh dari kapal terbang ke..