[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » Robot bola sepak

Robot bola sepak




HANOVER, Jerman - Cuma tinggal kurang 100 hari sebelum kejohanan bola sepak Piala Dunia membuka tirai di Afrika Selatan namun semalam orang ramai di sini terpegun menyaksikan kelincahan empat robot kecil bermain bola sepak.

Empat robot itu yang tingginya kira-kira 60 sentimeter dan dinamakan Rajesh, Penny, Sheldon serta Leonard merupakan sebahagian pasukan B-Human yang memenangi kejohanan Piala Dunia Bola Sepak Robot di Austria pada tahun lalu. Seorang kakitangan Universiti Bremen yang terlibat dengan pengeluaran robot pasukan B-Human, Wiebke Sauerland berkata, ia menggunakan teknologi pengecaman warna dan garisan untuk 'melihat' bola (jingga), padang (hijau) dan gawang (kuning serta biru).

Menurut wanita itu, berpandukan garisan putih di padang, robot berkenaan dapat mengesan posisinya sekali gus menyesuaikan pergerakan ke arah bola. Pasukan B-Human akan menyertai kejohanan Piala Dunia Robot 2010 di Singapura pada 19 Jun depan. "Anda boleh memiliki robot bola sepak ini jika anda sanggup membayar AS$13,500 (RM45,600)," tambahnya.

Sumber : Kosmo
Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner

Jangan Lupa Tinggalkan Komen Pada Entri Ini | Like Us On Facebook

Klik Untuk Komen | Click Here To Comments