[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » Robot wanita jadi pesakit gigi

Robot wanita jadi pesakit gigi

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar



TOKYO - Sepasukan penyelidik di Jepun dengan kerjasama sebuah syarikat pengeluar robot semalam mempamerkan robot humanoid wanita pertama dijadikan pesakit untuk pelajar-pelajar yang bakal menjadi doktor gigi. Robot itu boleh meluahkan rasa sakit, melirik mata, menggerakkan rahang dan lidah selain mengeluarkan air liur seperti pesakit sebenar.

"Sakitlah," kata Hanako sambil menggerakkan kepalanya semasa seorang pelajar pergigian menggerudi gigi robot tersebut pada satu demonstrasi kepada media di sini. "Tolong angkat tangan anda apabila berasa sakit kerana bahaya jika menggerakkan mulut anda," kata pelajar itu kepada humanoid tersebut yang berbaring di kerusi doktor gigi.

Robot itu dicipta oleh satu pasukan penyelidik Universiti Showa yang diketuai Profesor Atsuo Takanishi di Universiti Waseda termasuk syarikat pengeluar robot, tmsuk. Harga robot itu masih dirahsiakan, kata beberapa pelabur projek berkenaan.

Sumber : Kosmo
Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner