[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » 24 maut dibunuh 'askar' Iraq

24 maut dibunuh 'askar' Iraq

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar



BAGHDAD - Sekurang-kurangnya 24 orang termasuk lima wanita mati dibunuh dengan kejam termasuk tangan mangsa diikat bergari di sebuah perkampungan masyarakat Sunnah di selatan Baghdad lewat kelmarin oleh sekumpulan lelaki bersenjata.

Jurucakap pejabat keselamatan, Mejar Jeneral Qassim al-Moussawi berkata, penyerang dipercayai memakai pakaian seragam tentera Iraq dan mangsa ialah anggota Sahwa atau Majlis Kebangkitan yang menentang pergerakan al-Qaeda. "Kawasan Arab Jabour itu dipenuhi banyak kebun dan anak sungai yang menyukarkan pihak keselamatan Iraq untuk datang membantu, namun kami akan menyiasat kerana penyerang dilihat memakai tanda pengenalan militan al-Qaeda," kata Qassim.

Tujuh mangsa ditemui terselamat dan pihak polis mengesahkan kumpulan penyerang mungkin memakai pakaian seragam tentera untuk mengelirukan penduduk yang menyangka pasukan keselamatan sebagai terlibat.

Sumber : Kosmo
Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner

Jangan Lupa Tinggalkan Komen Pada Entri Ini | Like Us On Facebook

Klik Untuk Komen | Click Here To Comments