[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » Abu semakin buruk di Eropah

Abu semakin buruk di Eropah



LONDON - Debu kawah gunung berapi yang dikeluarkan di bawah glasier Eyjafjallajokull telah menyelubungi kawasan luar bandar Iceland sekali gus menyebabkan hampir kebanyakan penerbangan di Eropah ditangguhkan sehingga hari ini. Tindakan penangguhan itu menyebabkan sejumlah penumpang yang terkandas memenuhi stesen kereta api dan hotel di bandar-bandar utama di Eropah.

Menurut pegawai-pegawai sebuah agensi kawalan udara Eropah, Eurocontrol, hanya 11,000 penerbangan dijangka beroperasi berbanding 28,000 penerbangan yang merupakan angka operasi sebenar. Penumpang-penumpang yang terkandas itu menggunakan perkhidmatan kereta api untuk menuju ke destinasi mereka di Eropah. Sebuah syarikat usaha sama kereta api, Thalys membenarkan penumpang untuk membeli tiket walaupun tempat duduk kereta api sudah habis ditempah.

"Kami berpendapat, kami akan membantu sejumlah penumpang untuk pergi ke destinasi terakhir mereka," kata jurucakap Thalys, Patricia Baars. Kelmarin, seketul ais sebesar sebuah rumah runtuh dari kawah di bawah glasier Eyjafjallajokull di Iceland. Menurut seorang pegawai di Jabatan Perlindungan Sivil, Rognvaldur Olafsson, banjir dijangka berlaku ekoran kecairan ais.

Ruang udara Britain, Ireland, Perancis. Denmark, Norway, Sweden, Finland dan Belgium ditutup ekoran debu yang dikeluarkan oleh kawah gunung berapi itu. Langit di Lapangan Terbang Heathrow dan beberapa kawasan di Britain turut menjadi jingga ekoran debu tersebut.
Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner

Jangan Lupa Tinggalkan Komen Pada Entri Ini | Like Us On Facebook

Klik Untuk Komen | Click Here To Comments