[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » Drebar lari tinggal bas

Drebar lari tinggal bas



KUALA LUMPUR: Dua pemandu bas bertindak meninggalkan kenderaan mereka yang diletakkan di bahu jalan apabila menyedari kehadiran sepasukan penguat kuasa dalam Operasi Halang Siri 7/2010 ke atas kenderaan pengangkutan awam dan perdagangan di ibu kota, semalam. Mereka adalah sebahagian daripada 182 pemandu pengangkutan awam dan perdagangan yang disaman berikutan pelbagai kesalahan mengikut peruntukan undang-undang Kaedah Lalu Lintas dan Perkara 11 Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Diesel 1996).

Ketua Inspektor Unit Trafik, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Shaifful Anuar Shahrom, berkata operasi itu disertai 32 anggota terdiri daripada DBKL, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). “Kami menjalankan Ops Halang mengikut jadual berkala, tetapi kadar saman dikeluarkan tetap tinggi dan menyifatkan pemandu masih tidak mematuhi peraturan lalu lintas terutama pada pemandu bas,” katanya.

Operasi dijalankan di Jalan Tun Tan Siew Sin dan beberapa jalan utama sekitar ibu negara dipilih kerana menjadi tumpuan segelintir pemandu bas dan teksi yang gemar menunggu penumpang tanpa menghiraukan keselamatan penumpang dan menyebabkan masalah lalu lintas. Shaifful Anuar berkata, hasil pemerhatian DBKL mendapati segelintir pemandu bas dan teksi yang disaman melakukan kesalahan berulang dan mereka masih tidak mempunyai kesedaran dalam diri.

Katanya, mereka yang disaman melakukan kesalahan lalu lintas boleh didakwa mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sabit kesalahan boleh dikompaun maksimum RM300. “DBKL menasihatkan semua pemandu pengangkutan awam dan persendirian mengikut undang-undang lalu lintas yang ditetapkan bagi mencapai hasrat kerajaan memastikan pengangkutan awam berada di tahap terbaik untuk keselesaan orang awam,” katanya.
Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner