SKELLEFTEA, Sweden - Seorang lelaki berumur 60 tahun di sini memiliki kekayaan rahsia lebih AS$1.6 juta (RM5.21 juta) menerusi pelaburan di pasaran saham dengan cuma bermodalkan wang yang diperoleh daripada mengutip dan menjual tin kosong. Lelaki itu, Curt Degerman yang digelar Kurt Tin Kosong, meninggal dunia 18 bulan lalu manakala saudara-maranya bertengkar berhubung siapa sepatutnya mewarisi kekayaannya.
Sejak 40 tahun lalu, Degerman menyara hidupnya dengan menyelongkar tong-tong sampah untuk mencari tin kosong dan menjualnya di sebuah loji kitar semula. Bagaimanapun, setelah dia meninggal dunia semasa berusia 60 tahun akibat serangan jantung, saudara-maranya mendapati dia memiliki wang AS$1.1 juta (RM3.58 juta) dalam satu akaun bank Switzerland.
Mendiang turut menyimpan jongkong emas bernilai kira-kira AS$378,000 (RM1.2 juta) selain wang AS$1,358 (RM4,428) di rumahnya. Degerman sebenarnya seorang pelabur aktif dalam pasaran saham antarabangsa. Selain memakan sisa makanan daripada tong sampah dan memakai sehelai kot kotor, dia akan meluangkan masa di perpustakaan awam pada setiap hari untuk mengkaji berita kewangan di akhbar. Jutawan itu disifatkan saudara-maranya sebagai seorang kanak-kanak genius yang berhenti sekolah kerana krisis peribadi. Kekayaan lelaki itu akhirnya dikongsi oleh dua sepupunya dalam satu penyelesaian di luar mahkamah.
Sumber : Kosmo

![18SX [+]](http://i.imgur.com/yXwB8.gif)

jgn pandang manusia kerana luaran..
wow!!!gila byk..
moral dlm news ni ialah, jadi la pengutip tin law nk jd jutawan :P
hampir setahun berkecimpung dlm dunia kutip jual tin ni, x kaya2 mcm dia pun ak..huhu
xcukup rajin kot :p
apa rahsianya yek... kita yang bekerja gaji 2-3 ribu pun tak kaya-kaya.. hahahaha
http://mohdzaid.com/
maybe tin kat sana mahal lgi kot.. hehehe.. lagi pun die main saham gak.. untung nyer sepupu sepapat dia..