[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » Kembar siam pertama Palestin pindah ke Saudi

Kembar siam pertama Palestin pindah ke Saudi

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar




RIYADH - Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz semalam menitahkan sepasang kembar siam yang pertama dari Gaza di Palestin, dipindahkan ke sebuah hospital di sini bagi membolehkan pembedahan pemisahan dapat dilaksanakan. Dua bayi perempuan yang dilahirkan seminggu lalu, Retag dan Rittal, bercantum di bahagian abdomen dan berjaya dimasukkan ke Bandar Raya Perubatan Raja Abdul Aziz di sini kelmarin untuk pemeriksaan oleh sepasukan doktor pakar.

Menurut akhbar Arab News dan Al-Riyadh, bayi tersebut dilahirkan di Khan Yunis di selatan Gaza yang kurang kemudahan perubatan modem ekoran tindakan sekatan tidak berperikemanusiaan pihak berkuasa rejim Israel sejak 2007. Menteri Kesihatan Arab Saudi, Abdullah al-Rabeeah dipetik sebagai berkata, doktor-doktor di Hospital Mubarak di Gaza memohon bantuan kerana mereka tiada kepakaran dan ia merupakan kes kembar siam pertama direkodkan di Palestin.

Sekurang-kurangnya 20 pembedahan pemisahan kembar siam yang datang dari keluarga miskin serata dunia berjaya dilakukan di Arab Saudi sejak 18 tahun lalu dengan segala kos ditanggung sepenuhnya oleh kerabat diraja negara minyak itu. Retag dan Rittal yang dilahirkan dengan berat empat kilogram menerusi pembedahan Caesarian ialah anak kepada pasangan Palestin, Yasser Abu Assi dan Mirvat Abu Assi.

Sumber : Kosmo
Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner

Jangan Lupa Tinggalkan Komen Pada Entri Ini | Like Us On Facebook

Klik Untuk Komen | Click Here To Comments