[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » Microsoft China bayar gaji RM1.67 sejam

Microsoft China bayar gaji RM1.67 sejam



BEIJING - Sebuah badan bukan kerajaan berpusat di New York, Amerika Syarikat (AS) mendedahkan nasib pekerja kilang firma komputer terkenal dunia, Microsoft di China yang hanya menerima gaji asas permulaan 3.57 yuan (RM1.67) sejam.

Dalam laporannya diterbitkan semalam, National Labour Committee (NLC) yang merupakan organisasi pemantau hak asasi buruh di seluruh dunia berkata, hasil siasatan selama tiga tahun mendapati pekerja di situ juga dikerah bertugas sehingga 15 jam sehari.

Lebih 1,000 pekerja kilang itu yang terletak di Dongguan, bandar raya terbesar di wilayah Guangdong, 87 kilometer dari Hong Kong, dilarang berbual atau mendengar muzik di dalam kawasan kilang dengan suhu 30 darjah Celsius. Pengarah Eksekutif NLC, Charles Kernaghan berkata, ramai pekerja mengadu tidak selesa bekerja dan terpaksa bertugas lebih masa kerana gaji bulanan mereka cuma 770 yuan (RM360) semata-mata untuk membantu keluarga miskin di kampung.

Jurucakap Microsoft di Washington, ketika mengulas isu itu berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan NLC secara serius dan memberi jaminan, firma itu dengan 93,000 pekerja di lebih 100 negara, prihatin kepada kebajikan mereka.
Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner

Jangan Lupa Tinggalkan Komen Pada Entri Ini | Like Us On Facebook

Klik Untuk Komen | Click Here To Comments