[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » Mumia Rom ditemui di Mesir

Mumia Rom ditemui di Mesir

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar



KAHERAH - Sekumpulan pakar arkeologi Mesir menemui satu mumia Rom kuno di dalam keranda batu di sebuah kawasan perkuburan purba bersama beberapa topeng gipsum, kata satu kenyataan Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir semalam.

Keranda batu sepanjang satu meter yang ditemui baru-baru ini merupakan ukiran seorang wanita memakai jubah bangsa Rom. Mumia seorang wanita yang mati semasa zaman Greco-Rom kira-kira 2,300 tahun dahulu.

Mereka turut menemui satu kepingan emas dengan ukiran empat anak lelaki Horus iaitu dewa langit tamadun Mesir purba dan beberapa bekas tanah liat serta kaca di Oasis Bahariya, sekitar 300 kilometer ke barat daya Kaherah. Makam yang mengandungi 14 kubur itu pertama kali ditemui semasa kerja-kerja menggali dilakukan bagi membina sebuah pusat kegiatan remaja.

Sumber : Kosmo
Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner